Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.
Tapi relevankah di masa kini ia dijadikan matawang sedangkan, di Malaysia sudah ada matawang yang diterima dan selaras penggunaannya. Bank Negara Malaysia juga menegaskan hanya Ringgit Malaysia (RM) sah diperakukan dalam pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara kita.
Kerajaan Kelantan telah melancarkan dinar emas semalam, 15/8/2010. Ia sebagai alternatif kepada ringgit tetapi apakah ia langkah berasaskan saranan pakar kewangan Dinar Emas atau untuk menunjukkan kepada rakyat, khususnya orang Islam bahawa kerajaan Kelantan serius dalam menangani isu kewangan akibat kejatuhan dolar. Mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.
Tapi dinar emas boleh dijadikan sebagai salah satu pelaburan yang baik. Hal ini kerana, dinar emas adalah satu cara termudah dan termurah membeli dan menyimpan emas. Sedikit info yang saya ingin kongsi di sini... Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu Dinar Emas Kelantan dan Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn Bhd. Dinar Emas Kelantan dilancarkan pada 20 September 2006. Dinar Emas Kelantan boleh didapati di Ar Rahn sekitar Kelantan dan 3 cawangan di sekitar KL dan Selangor.
*** Berikut merupakan petikan wawancara mengenai reaksi beberapa orang akademik di Negeri Kelantan mengenai dinar emas. Sumber video adalah daripada Berita Nasional (RTM 1) pada 15/8/2010 yang dah saya trim atas permintaan seseorang. ^_^Tapi relevankah di masa kini ia dijadikan matawang sedangkan, di Malaysia sudah ada matawang yang diterima dan selaras penggunaannya. Bank Negara Malaysia juga menegaskan hanya Ringgit Malaysia (RM) sah diperakukan dalam pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara kita.
Kerajaan Kelantan telah melancarkan dinar emas semalam, 15/8/2010. Ia sebagai alternatif kepada ringgit tetapi apakah ia langkah berasaskan saranan pakar kewangan Dinar Emas atau untuk menunjukkan kepada rakyat, khususnya orang Islam bahawa kerajaan Kelantan serius dalam menangani isu kewangan akibat kejatuhan dolar. Mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.
Tapi dinar emas boleh dijadikan sebagai salah satu pelaburan yang baik. Hal ini kerana, dinar emas adalah satu cara termudah dan termurah membeli dan menyimpan emas. Sedikit info yang saya ingin kongsi di sini... Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu Dinar Emas Kelantan dan Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn Bhd. Dinar Emas Kelantan dilancarkan pada 20 September 2006. Dinar Emas Kelantan boleh didapati di Ar Rahn sekitar Kelantan dan 3 cawangan di sekitar KL dan Selangor.
* Kalau internet kat tempat tempat yang tak boleh access youtube boleh tengok videoclip kat bawah tu. Sama je, cuma sumber berlainan je. Video kat atas tu saya link je, senang. Yang kat bawah tu upload terus ke blog.
















