Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 25, 2009

Renungkanlah sedalam-dalamnya



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia ju ga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.



Seorang teman pernah berpesan..

Kadang2 Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...

" Sesungguhnya pelindungku ialah Yang telah menurunkan Al Kitab (Al Quran) dan Dia melindungi orang-orang yang saleh"

Al A'raaf 196

Manfaatla ilmu yg kita ketahui ini, Insyaallah akan bahagia kita kelak....

Thursday, November 5, 2009

Hepi Bday K'Oni!!!


Bday betul2 K'oni 27/10, tp celeb 31/10 sbb seme org bz. Lambat pun kena celeb jugak, kalau x mulut dia xkan brenti mengomel. Mintak tu mintak ni, tanya tu tanya ni..Jenuh nak menjawab mulut petah dia. Kebiasaan, budak pompuan umur dia akan mintak dibelikan bear ke patung barbie ke...Tp oni ni lain, bila aku tanya nak ape dia ckp nak gitar..Meleset terus ape yang aku expect..Sudahnya aku g cari jugak benda yg dia nak. Melompat-lompat dia bila aku suakan hadiah yang aku beli. Seronok tengok dia hepi. Ramai membe2 Oni dtg, masing2 bawak hadiah. Lucu tengok kerenah diorang. So sweet. Lewat post ni sbb tenet membengong. Hr ni barula leh post..huhuhuh

Saturday, October 24, 2009

Istiadat Konvokesyen UiTm Ke-71

Bonda tercinta

Big brother, Abe Mat

Abe Zamani

My Sweet Family

Hehehhe...Aku la ni

Syukur ke hadrat Illahi, akhirnye semua yang dirancang berjalan lancar. A million thanks to my beloved mum, my dear brothers and my luvly family... Tanpa mereka sape la aku. Kena say thanks jugak kat semua lecturer yg mengajar aku. Konvo ni teramat la meriah.. Semua datang. Terutamanya mak, abg2 n family aku. Nadi idup aku. Istiadat konvo kali ni lain skit..Nama graduan x disebut. Nama kami hanya dipaparkan di skrin beserta dgn gamba. Hmmm, mcm kurang ong skit. Pape pun aku hepi sgt hari ni. Semua berjalan lancar. Ahad aku fly balik Kelantan. Balik sama2 ngan mak n big bro. Pg esk abg zamani gerak balik Perak. Rindula aku kat budak kecik 2 org tu. Petah sgt mulut umairah. Rayyan plak lucu. Tgk dia mesti nk tergelak

B4 konvo...

Aku fly dr KB ke KL pg kamis. Dr airport terus g shopping kat KL... Sue ngan K'La pun fly sama2 ngan kami.

K'la

Kami semangat nak konvo

Petang Kamis tu aku tgu cousin aku kat KLCC. Then balik umah dia kat Shah Alam. Aku ngan mi bermalam kat umah kakak. Pg Jumaat tu abg iwan (husband kakak) anta aku g campus. Hari tu, hari aku ngan geng2 amik jubah. Jumpa kawan2 lama ni sronok sgt2.. Lps amik jubah tu kami try2 test jubah dulu, excited sgt. Ada taklimat skit dalam dewan pasal konvo. Dgr dgn x dgr sama byk. Sibuk duk posing ngan membe2.. Seme da settle kami naik bus ke PKNS..G makan KFC. Lapar sgt2 time tu. Lunch pun dah kul2 lbh..





Saturday, October 10, 2009

Time3

I need more time. More than 24hours,7 days a week, 30 days a month, 12 month a year...Time 4 myself... Huh, wat a day...Haih, da lama x merapu rapu kat blog. Sejak 2 menjak tukar keje ni macam xde masa lak. Masa tuk diri pun out. Weekend pun x penah blh break lama2. X tahu la knape slalu sgt ada keje nk buat ujung2 minggu. Makanya, xleh la nk lepak2 kat umah tido. Ade2 je benda yg nk kena settle. Arggggghhh, x suka. Keje plak ntah pape ntah, x kena langsung dgn jiwa aku. Seme macam pe ntah, serabai. Mmm, nk buat camne da lumrah idup.

Lg 2 minggu nak konvo. excited giler nk g konvo. aku pun x tahu knape leh jd excited melampau. Huhuhu. Tu je la yg buat aku senyum. Lain2 buat masa ni serabutkan kepale otak jerk. Tiket flight dah settle, heel dah ada...handbag xde lg.Mmm, xleh jd ni. Baju plak pakai je la baju raye hr tu, X sempat dah nk g jahit. Income pun x brape lebat ni. Xleh2..Klu ada org sponsor best gak.Heeee, tp seme sendiri mau ingat la. Xpela, konvo pun bukan slalu. Klu nk konvo lg kena samb MA la plak. Bila la plak tu. I will...Insyallah dgn izinNya. Nanti doa2 la ye... Da dekat kul 1 pg da ni. Nak kena g tido dah ni. Esk pg2 kena settle urusan org..Hmmm, menyampah!

Friday, September 25, 2009

Selamat selamat hari raya...

My big Family

Abe Zamani, Yanz, A.Mat
n
Che

Ngan Pn Azleena

Membe2 celcom

Membe UiTm + celcom

Ebab

Kawan2 lama... Kawan sek men



Selamat Hari Raya Semuanya.........Rayer taun aku penat giler. Biasala bila time raye ramai org dtg. Yg clear seme pun aku sorang je. Makanya, bila meja, sink da clear aku tidooo...Sedar2 dah maghrib. Teruk betul, mmg x sedar langsung. Penat2.

Hari ni lak aku buat open house. Hr Jumaat@sabtu je la klu blh buat pun sbb aku keje hr lain..Kalau buat hr Jumaat seme blh join. Sronok sgt. Membe2 lama pun dtg. Da 8 tahun x jumpa. Alih2 hr ni jumpa. Wat a beautiful day.

Friday, September 11, 2009

Ape la nasib...

Ehehhe...macam pelik je title tuh. kui3. Sebenarnye kisahnya macam ni...Minggu depan org da mula cuti raye... Tp aku ni lain skit... Baru nak lapor diri kat tempat keje baru..Makanya aku ni kategori x layak nk mintak cuti raye. Keje seminggu, then raye. Raya ke 3 da masuk keje. Huh, sungguh sedih..Nasib baik jugak la opis kat KB jer..Xpela nak buat macam mana. Da lama2 nanti aku amik cuti panjang g oliday jauh2. Ahahhah, perasan. Org duk best raye aku kat opis keje...bosan sungguh. Nasib2..Tp syukur gak sbb da dpt keje ok. Hr tu keje ngan Celcom cr pengalaman...Bermakna idup klu ade benda nk buat. Klu duk tercongok kat umah x buat pape, mau mereng aku. Kui3. Aku mana leh duk diam. Cepat bosan. Zaman2 org payah nk keje aku dpt keje...tu namenye rezeki Allah. Berkat bulan Ramadhan skali. Mmm, kena time kasihla kat org2 yg slalu support aku tuh...Diorg tu x lain x bukan mak aku ngan abg2 aku. :).

Heeeeeeeeee...merepek petang2 b4 berbuka ni best gak. Isi masa lapang. Sebenarnye, xnak layan sgt muzik dlm perut duk nyanyi. Buat aku angin jer..Kang jap2 tgk jam. Mcm xde keje lain. Nak jer pusing masa bg cepat.hehehe. Tp bila da masa buka puasa tu, nafsu makan langsung ilang. X paham aku. Tgk makanan seme da mcm x pikat selera aku. Air tebu+ ais je yg aku terjah, lega tekak dpt minum air... Huh, hampeh jerk.

Da hbs idea da nak merapu...Nanti samb lg...........Daaaaaaa