Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 23, 2010

Kadang-kadang...

"Everytime we fall in life, we give up.
We give up our dreams, give up ourselves.
Waves are inspiring, not bcoz they rise and fall
But bcoz each time they fall, they never fail to rise again"


Kadang-kadang perasaan sedih, sayu datang. Perasaan tu datang tak kira masa, tiba-tiba je jadi tak menentu. Bukan sebab perubahan hormon nak PMS. Aku pun tak pasti apa puncanya. Rasa rindu pada yang dah pergi... Sedih sebab dah takde gelak tawa, senda gurau mereka. Setengah org akan cakap.. "Normal la tu, its good to miss someone u love". Tapi dia tahu ke macam mana rasa tu... Patah tumbuh hilang berganti kata org2 tua. Tapi yang ganti tu takkan pernah sama dengan yang hilang. Takkan pernah. Hanya iringan doa untuk arwah ayah, k'dah, abe zul, abe zamakh, k'sue, adik Mi ngan irfan.

Tiap-tiap hari, aku cuba positifkan fikiran supaya aku lupa sekejap tentang peristiwa mengejut yang pernah dialami. Syukur kepadaNya, kerana memberikan aku keluarga yang sentiasa menyokong dan kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan moral. Kredit jugak untuk orang yang selalu memberi aku semangat dan dorongan untuk terus membentuk hidup yang positif. Semoga arwah sentiasa dibawah rahmatNya dan semoga aku kuat untuk teruskan hidup yang penuh dengan perkara yang luar jangkaan.

1 comment:

Hafizi said...

Jangan sedih2.