Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 2, 2010

Ape yang mengembirakan???

Masing2 posing bila cakap nk ambik gamba dgn bear

Oni, Ebab, Rayyan, K'Bellah

Blue bear untuk buah hati aku

1, 2, 3 terjunnnnn.

Penat main terjun2, layan upin ipin plak.

Kusyuk je semua duk layan katun

Terdapat pelbagai cara, situasi atau apa-apa je yang boleh mengembirakan hati. Setiap individu merasa gembira dengan cara yang tersendiri, berbeza dengan yang lain. Aku gembira bila aku tengok orang-orang yang aku sayang bahagia. Contohnya, tengok anak-anak buah aku excited dapat hadiah, dapat choc, kena puji dan etc. Cute sangat.

Sabtu lepas abg aku yang kat Perak balik Kelantan sebab ada program kat sini anjuran UTP. So, dia balik sbb kerja dan balik bercuti. Sambil menyelam minum air katanya. Hehehe. Sabtu petang aku ke R n R Jeli, Tanah Merah semata-mata nak ambil Umairah (K' Bellah) dengan Rayyan (Otroman). Rindu giler, sekali boleh jumpa. Gembira sangat2. Abg Zamani kena stay di Jeli sampai malam sbb dia ada program di MRSM Jeli malam tu. Lepas program baru dia balik KB. Dekat pukul 1 pagi baru dia sampai rumah. Puas hati sangat2 boleh main dengan budak2 tu w/pun sekejap. Tak sia2 penat aku drive ke Jeli nak ambik diorang. Aku drive ke Jeli ditemani Along, anak sedara yang nak ambil SPM & Uda( Darjah 3 tp tahu mcm2). Suruh teman je pun, tp mengada-ngada betul diorang ni. Suh top up hp dia la. Beli tu la beli ni la. Haih, ikutkan jugak la, sbb nk suh dia teman xnak bagi mengantuk. Tp kerenah mereka la buat aku tersenyum sorang. :).

Sampai rumah dah nak maghrib, hujan lebat giler masa on da way balik KB tu. Tapi semua ok. Masa sampai tu anak2 abg aku yang kat sini dah siap sedia nak sambut sepupu cinonet diorang yang 2 orang ni. Mula-mula tu K'Bellah ngan Otroman malu2, lepas tu......... Hmmm, bising sangat2. Seronok je tengok. Rumah dah macam tongkang pecah. Diorang selerakkan kusyen lepas tu naik atas kerusi lompat atas kusyen. Lawak tengok. Tukang kiranya Afnan (Ebab). Pandai kira sampai 3 je pun, dia baru 2 tahun. Otroman plak jadi pemerhati bebas. Dah penat main diorang sibuk nk tgk cite upin ipn. Kusyuknyela budak2 bila boleh tgk katun tu. Siap gelak2 lagi. Lucu. Best tengok diorang seronok. Pukul 1 tak tido lagi budak2 ni. Abah diorang sampai tu sempat lagi duk main-main dengan budak-budak kecik tu. Weekend yang memenatkan tp menyeronokkan. Kena tunggu raya plak baru jumpa diorang.

6 comments:

Hafizi said...

Budak2 mmg penghibur hati. Saya pun suka budak.

Anonymous said...

comelnye anak buah awk.

zahianz said...

Hafizi : Yup, betul tu.

A : Thanks a lot

grampalim said...

tomeresi like chn too

zahianz said...

Wat is it grandpa? Don't understand

grampalim said...

grampalim don;t understand it too.