Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 16, 2010

Dinar Emas


Dinar emas

Logo mana2 outlet yg terima dinar emas sebagai medium pertukaran

Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Tapi relevankah di masa kini ia dijadikan matawang sedangkan, di Malaysia sudah ada matawang yang diterima dan selaras penggunaannya. Bank Negara Malaysia juga menegaskan hanya Ringgit Malaysia (RM) sah diperakukan dalam pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara kita.

Kerajaan Kelantan telah melancarkan dinar emas semalam, 15/8/2010. Ia sebagai alternatif kepada ringgit tetapi apakah ia langkah berasaskan saranan pakar kewangan Dinar Emas atau untuk menunjukkan kepada rakyat, khususnya orang Islam bahawa kerajaan Kelantan serius dalam menangani isu kewangan akibat kejatuhan dolar. Mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.

Tapi dinar emas boleh dijadikan sebagai salah satu pelaburan yang baik. Hal ini kerana, dinar emas adalah satu cara termudah dan termurah membeli dan menyimpan emas. Sedikit info yang saya ingin kongsi di sini... Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu Dinar Emas Kelantan dan Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn Bhd. Dinar Emas Kelantan dilancarkan pada 20 September 2006. Dinar Emas Kelantan boleh didapati di Ar Rahn sekitar Kelantan dan 3 cawangan di sekitar KL dan Selangor.

*** Berikut merupakan petikan wawancara mengenai reaksi beberapa orang akademik di Negeri Kelantan mengenai dinar emas. Sumber video adalah daripada Berita Nasional (RTM 1) pada 15/8/2010 yang dah saya trim atas permintaan seseorang. ^_^



* Kalau internet kat tempat tempat yang tak boleh access youtube boleh tengok videoclip kat bawah tu. Sama je, cuma sumber berlainan je. Video kat atas tu saya link je, senang. Yang kat bawah tu upload terus ke blog.

19 comments:

wani said...

Wohooo, lec kawe. Terbaek!

Wawa said...

Rajin la mu ni. Mano mu dpt solution ni?. Td tok tahu lg. Alih2 bereh doh. Ajar aku deh.

zahianz said...

Wani : Yup
Wawa : Bereh. Td aku duk godak2, last2 jupo solution. Syukur Alhamdulillah. ;)

Pok Loh said...

UiTM di hatiku. Hidup Uitm!!!

zahianz said...

Pok Loh : Gapo bendo mu ni. Tibo2 jah. Hish.

Nik said...

Weh, ko download dlm web tu pakai pe? Aku ada try buat tp tak jd la. Nanti pm aku k.Thanks fren

zahianz said...

Ok Nik. Will do.Insyallah. Remind aku balik k.

Lily Lili said...

Uish, cemerlang yanz. Td baru ko tanye2 aku, tp aku xreti.hahaha. Ko buat cane ni. Nanti share dgn aku beb.

zahianz said...

Aik! on lak,td kate nk tidur. Pirah. Aku jumpa cara2 nk download td. Tp complicated skit. Nanti kalau ko jumpa cara lg senang pm aku. Penat la guna cr ni. @_@

Lisa said...

Sape berani request ko tu beb. Isk3, aku nak request gak boleh? ekekeke.

zahianz said...

Lisa : Hahaha.Gedik la hang ni. Nak request pekebendanya?

Lisa said...

Lisa : Ekekeke. Siap ko. Kasi suspen skit. Weh bila free. Nak g nuntut ni. Ko slalu bz. Menyampah aku.

zahianz said...

Nak wat cane.Dah time hang nk jumpa tu aku x available. Lain kali kasi hint awl2 skitla.

Lisa said...

Yela2.Nanti aku bg tau hang awl2. Lepak mana wei posa2 ni. Hahaha

zahianz said...

Suraula senang, g terawih terus. Hehehe. Raya nanti la. Ko turun sini ke? Ye ye o je nk jumpa aku

Lisa said...

Perli aku nampak.Serius weh, mmg nk jumpa ko. Lama giler x jumpa.

zahianz said...

Mana de. Saje je. Beres. Nanti roger aku k. Over n out

Warga Kampus Kota (KB) said...

Puan tgk ngaja ke bagi pendapat tu. Hehehe

zahianz said...

LoL. No comment