Masa aku tengok berita kat tv tiba-tiba berita stop jap untuk beri laluan kepada pengistiharan mohor besar raja. Lusa baru raye, hari Jumaat 10/9/2010. Tapi semangat raya dalam diri aku tak ada lagi... Tak tahu bila rasa seronok macam dulu-dulu tu aku boleh rasa lg... Keadaan semua dah lain. Banyak yang dah hilang. Mana-mana yang ada tetap nikmati raya dengan suasana yang berbeza.
Dalam pada duk merapu-rapu tekan keyboard laptop ni aku teringat pasal anak buah aku, Afnan (Ebab@Nam)... Minggu lepas berbuka kat rumah dia, seronok buka puasa ramai-ramai, meriah. Takde la sunyi berbuka berdua ngan mak aku je. Lepas makan, solat, & kemas meja aku rehat jap depan tv. Tiba-tiba si kecik Afnan mintak air dengan kakak dia yang umur 6 tahun. Takde la benda pelik sangat masa tu, biasa je. Lepas dia habiskan air, dia jalan ke meja makan, tarik kerusi supaya dekat dengan sink, dia basuh cawan yang dia guna td. Lepas tu dia simpan elok-elok cawan tu dekat tempat sejat cawan. Kerusi yang dia guna tadi dia letak dekat temoat yang dia ambik td. Aku tunggu lg apa yang dia nak buat sbb bagi aku kelakuan dia tu sangat cute. Umur baru 2 tahun tp dah tahu dia kena buat apa. Takde sape2 pun yang arah dia buat tu. Bila semua dah settle dia jalan terkedek-kedek duduk tepi aku tengok tv. Comel je.
Balik pada tajuk asal post ni... Lusa raya, Abg Mad & Abg Zamani raya kat umah aku pagi raya. Seronok, tapi macam tak cukup korum plak, gang2 KL petang raya baru sampai. Petang tu Dua2 abg aku dah gerak balik kg isteri plak. Tak jumpa la ptg raya tu. Mmm... Menu pagi raya... "Sate Bara" resepi ciptaan bonda tercinta. Memang terangkatla. Terbaik! Panjang plak merapu-rapu.
Di bulan yang penuh keberkatan dan mulia ni ingin aku menyusun 10 jari memohon kemaafan daripada semua yang mengenali aku. Salam Aidilfitri daripada aku. Semoga semua seronok beraya.
2 comments:
raya ni macam tak seronok sebab tak ajak aku bersamale. kala ajak aku dan semua kenalan pastile seronokkan? That little boy you mentioned sounds very independant. Kudos to his mum and dad especially the mother. SELAMAT HARI RAYA TO ALL WHO READ THIS. MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Yes he is.Very sweet
Post a Comment