Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 30, 2011

Hidup...


Setiap insan diciptakan berpasang-pasangan. Kita tak tahu bila kita akan jumpa dengan orang yang betul-betul sayang kita... Bak kata orang tua-tua "Jodoh Pertemuan, ajal maut di tangan Allah", "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"... Siapa jodoh kita yang akan jadi persoalan... Tapi semua tu dah tertulis di loh mahfuz. Kadang-kadang ada pasangan yang mendirikan rumah tangga tanpa kerelaan diri, terpaksa dengan kata lain...

Ada orang kata cinta itu indah, ada juga yang kata cinta itu menyakitkan... Mana satu yang harus diguna pakai?... Sebenarnya penerimaan dan pendapat individu berbeza berdasarkan pada pengalaman yang mereka alami... Mungkin bagi mereka yang pernah mengalami pengalaman yang perit akan mendidik jiwa mereka supaya tidak percaya pada cinta. Tapi harus diingat, tidak semestinya apa yang mereka lalui akan berulang. Seharusnya pengalaman yang lampau dijadikan pengajaran dan panduan untuk masa depan. Jangan sekali-kali menyalahkan takdir, kerana Allah takkan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu. Walau sejauh mana kita dicampakkan, dihujung dunia sekalipun, Allah tetap ada... Cara olahan harus betul untuk mewujudkan cinta yang indah.

Cinta ni sebenarnya luas. Tidak hanya terbatas kepada cinta sang kumbang dan sang bunga. Cinta wujud dalam diri semua insan. Ia adalah perasaan jiwa yang semula jadi. Sudah menjadi fitrah manusia untuk bercinta. Bagi aku cinta itu suci, mahal, sempurna dan tinggi tarafnya. Perasaan seumpama ini harus dijaga, dibaja supaya ia tidak hilang. Kadang-kadang perasaan ini boleh membutakan hati kita jika salah perhitungan. Selain perasaan... Ilmu, sifat rasional dalam diri harus ada supaya ia seimbang dan berkembang menjadi sesuatu yang indah...

Individu akan melalui beberapa perjalanan hidup untuk memeterai cinta mereka hingga ke jinjang pelamin. Banyak pendapat mengatakan bila kita dah terikat dengan seseorang (bertunang) akan ada pelbagai dugaan yang perlu ditempuh. Sama ada masalah dengan pasangan, orang dan persekitaran... Makanya, setiap pasangan harus kuat untuk mempertahankan apa yang mereka ada. Jika lemah, akan rapuhla hubungan mereka... Cara meluahkan rasa setiap individu berbeza, ada yang hanya menangis bila berhadapan dengan masalah. Masalah tetap ada kalau menangis air mata darah sekalipun... Tidak salah untuk menangis untuk meluahkan apa yang terbuku. Tapi tak salah juga kalau kita cuba mencari jalan penyelesaian daripada berkurung dalam bilik menagis meratapi nasib. Sifat manusia berbeza dan sukar dijangka.

Nikmat kebahagian akan kita rasa apabila setiap pasangan positif dalam perhubungan, berterus-terang, bertolak ansur dan saling memahami.

Cuaca...




Akhir-akhir ni cuaca panas terik. Kalau keluar jalan-jalan kat luar tu rase macam pedih je kulit. Panas sangat. Penipisan ozon yang semakin kritikal menyebabkan pemanasan global yang memberi kesan kepada penduduk di bumi... Kita la tu. Menurut sumber suhu bumi meningkat sejak tahun 90-an.

Antara faktor pemanasan global yang dikesan adalah aktiviti perindustrian, pengangkutan, pembakaran hutan, pertanian dan penternakan, letusan gunung berapi dan etc2. Kita sebagai penduduk bumi seharusnya peka tentang isu ini. Hal ini kerana jika kita sendiri tidak mempunyai sivik dalam diri, maka bumi kita semakin tenat... Contoh yang mudah ialah mengelakkan pembakaran terbuka. Selain itu, langkah yang aku kira bijak ialah "Earth Hour". Walaupun hanya sejam masa diperuntukan tapi kesan yang diterima amat la besar.


Tapi Alhamdulillah hari ni hujan. Hujan rahmat kala cuaca panas terik. Walaupun hujan yang turun tak sampai 5 minit, tp aku rasa bersyukur sangat. Rasa kelembutan cuaca... Angin sepoi-sepoi bahasa... Nikmati kesejukan cuaca yang dah lama tak dirasa. :)

Sunday, May 29, 2011

Perasaan...

Keriangan... Keseronokan... Kebahagian... Keceriaan... Kegembiraan...

Pool time

Sejukkkkkkkk.....

Muka happy dapat glasess


Next top models

Transformasi otroman ---> superman..Sayap cabut

Hobi Zara angkat kaki

Sekecil mana pun hadiah boleh buat orang happy, tak kira la org dewasa ke kanak2 ke... "Sentimental value" lagi penting daripada nilai ringgit sesuatu benda... Contohnya budak2 kecik ni, aku belikan diorang glasses kat kedai cikai je pun, harga pun tak sampai RM2. Tapi diorang punya penerimaa buat aku senyum sorang2. Bahagia... Dah dapat glasses tu terus posing suruh ambik gambar. Cute!. Dah tu tak kira la siang ke malam ke duk pegang je glasses tu. Tido pun pegang jugak glasses tu. Lucu. Masa dengan diorang macam tak pernah cukup. Keletah yang macam2,comel je... Hr minggu yg terisi dgn perasaan bahagia. :)