Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 30, 2011

Cuaca...




Akhir-akhir ni cuaca panas terik. Kalau keluar jalan-jalan kat luar tu rase macam pedih je kulit. Panas sangat. Penipisan ozon yang semakin kritikal menyebabkan pemanasan global yang memberi kesan kepada penduduk di bumi... Kita la tu. Menurut sumber suhu bumi meningkat sejak tahun 90-an.

Antara faktor pemanasan global yang dikesan adalah aktiviti perindustrian, pengangkutan, pembakaran hutan, pertanian dan penternakan, letusan gunung berapi dan etc2. Kita sebagai penduduk bumi seharusnya peka tentang isu ini. Hal ini kerana jika kita sendiri tidak mempunyai sivik dalam diri, maka bumi kita semakin tenat... Contoh yang mudah ialah mengelakkan pembakaran terbuka. Selain itu, langkah yang aku kira bijak ialah "Earth Hour". Walaupun hanya sejam masa diperuntukan tapi kesan yang diterima amat la besar.


Tapi Alhamdulillah hari ni hujan. Hujan rahmat kala cuaca panas terik. Walaupun hujan yang turun tak sampai 5 minit, tp aku rasa bersyukur sangat. Rasa kelembutan cuaca... Angin sepoi-sepoi bahasa... Nikmati kesejukan cuaca yang dah lama tak dirasa. :)

No comments: