Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 28, 2011

Rezeki hari Isnin :)

Alhamdulillah... Hari ni lunch dengan gulai udang "home made". Terfikir nak lunch apa sebenarnya hari ni. Kebetulan tengah text dengan "soulmate", dia cakap mek (nenek) buat gulai udang. Saje je gurau-gurau suruh delivery, sekali dia betul-betul hantar lauk tu kat pejabat. Seronok bercampur baur ngan malu. :D. Merasa gulai udang hari ni. Desertnya ketupat daun palas. Kebetulan aku memang suka kuih-muih yang berasaskan pulut. Sebelum masuk pejabat, aku beli nasi putih separuh. Sweet sgt "soulmate" datang hantar lunch.

Terima kasih "soulmate". Semoga selamat sampai ke Shah Alam. Akhir bulan depan kita jumpa lagi. "Long distance relationship". Heart u dear "soulmate".

Gulai udang&ketupat daun palas

Habis dah

Sunday, November 27, 2011

Kenduri oh Kenduri

Salam Maal Hijrah kepada umat Islam. Semoga tahun baru 1433H memberi kita keberkatan untuk menunaikan azam baru...Menunaikan? betul ke ayat aku tu, macam pelik jerk. Takpe la, asal orang faham sudah. :D. Cakap pasal azam ni, apa azam tahun baru ni... Erm, pertama sekali berhijrah ke syarikat baru, Insyallah awal thn depan. Bulan Januari, sama date ngan birthday aku, keduanya Insyallah bulan Mac dah tukar status. Daripada tunang En.Rijal kepada isteri En. Rijal, menantu sulung mama ngan papa, kakak ipar untuk 3 orang adik... Tanggungjawab yang sangat besar untuk digalas. Kahwin ni bermakna kita transform semua yang ada dalam hidup sekarang ni. Makanya... aku kena berusaha untuk menjadi yang lebih. Bertukar daripada anak bongsu kepada menantu sulung.

Hari ni ada satu lagi jemputan kawin member aku. Tahniah buat Ruwaidiah dan Pasangan. Ruwai ni member sekolah rendah lagi. Still lagi contact melalui FB. Lucu bila teringat zaman kecik-kecik dulu. Masa kecik aku nakal giler kot. Kat sekolah tu suka sangat buli budak-budak kelas. Ruwai ni salah sorang mangsa aku masa darjah 1 dulu. Nakal budak-budak. Bosan bila takde aktiviti menarik. Bila kacau kawan-kawan tu rase macam best. Tarik rambut kawanla, sorok pemadam la, sorok kasut la, macam-macam aku buat sampai budak-budak bengang giler ngan aku. Agaknya dulu2 memang kena sumpah seranah kot aku ni. Parents budak2 kena buli tu siap hantar surat aduan ka tcikgu cakap aku buli anak diorang. Ha3. Susah bila hyper active masa kecik-kecik ni, takleh duk diam. Citer dulu2, masa kanak-kanak riang. Semua yang kena buli skang ni dah jadi kawan-kawan rapat.

"People Change" kan? From bad 2 good, vice versa. Masuk secondary school aku dah transform daripada suka kacau orang kepada tak ambik port pasal orang. Bercakap, bertindak untuk benda-benda penting je. Sampai sekarang pun macam tu. Bertindak bila perlu. Seronok bila dapat banyak invitation wedding daripada kawan-kawan. Hampir semua jemputan aku penuhi. Kecuali ada aral melintang. Semoga semuanya berbahagia dunia dan akhirat. Amin.

Tahniah Ruwai

Lepas attend wedding Ruwai aku ngan "soulmate" ke KB survey barang-barang untuk door gift masa wedding kitorang nanti. Tengok harga Yassin, paper bag, harga benda2 nak bagi tetamu dan banyak lagi la. Peninglah masuk kedai barang-barang pengantin, macam-macam ada. Settle yang tu kami singgah solat Asar kat masjid Sultan Ismail, PCB. Lepas tu g PCB makan seafood goreng dengan air kelapa. Terbaik kalau petang-petang makan benda macam tu kat tepi pantai. :)

Dah nak habis baru ingat nak snap. :D

Hakisan kat PCB dah makin teruk

"Nasi Tupea"

Nasi Tupea (Org Kelantan punya slang)@Nasi Tumpang ni sejenis makanan di Kelantan. Agaknya nama dia macam tu sebab lauk-lauk yang diletak tu disebalik nasi impit. Kiranya macam menumpang la kot. :D Tapi aku tak pasti asal usul makanan ni daripada mana. Yang pasti Nasi Tupea kat area rumah aku ni sangat sedap. Tak ramai orang tahu pasal nasi ni. Macam "soulmate" aku la, dia tahu nama je, rupa ngan rasa tak tahu macam mana. Kebetulan semalam dia breakfast kat rumah aku. Siap demand nak "nasi tupea". Mak aku suruh beli dua untuk dia. Takut tak cukup katanya. Sayang bakal menantu lelaki bongsu dia lebih daripada anak bongsu dia nampaknye. Haish, jeles2. :p. Obvious giler "soulmate" aku makan nasi tupea ni 1st time. Siap tergolek-golek part atas tu. Rugi part yang ada telur dadar. Nasib baik belikan dua untuk dia. :D

"Nasi tupea"@Nasi tumpang ni ada dua 3 part. Paling atas tu telur dadar, lepas tu ada gulai udang, paling bawah sambal ikan/sambal udang. Sangat sedap. Biasa kalau breakfast nasi tupea jadi pilihan. Ada jer pilihan lain macam laksam/laksa, nasi kerabu, nasi berlauk dan macam-macam lagi kat pasar tu. Susah skit nak dapat benda ni. Kadang-kadang ada je kat Pasar Siti Khatijah, KB, rasa dia tu xleh nak jamin la sedap ke tak. Pernah dulu makan kat KB, tak sedap sbb dia letak gulai ikan. Macam hanyir skit. Tak best, tak best. Sapa-sapa teringin nak makan meh la jalan-jalan kat PC. Dijamin sedap. Eh, macam iklan nasi tupea makcik kat pasar je ni.he3. Takpe la, aku cuma kongsi apa yang boleh dikongsi.

Ni la rupa "Nasi Tupea"

Isi dalam tu macam ni

Saturday, November 26, 2011

Pilih tema


Mula-mula tu macam tak tahu nk pilih warna tema untuk wedd kaler ape...So decide untuk buat keputusan masa g butik pengantin. Kebetulan "soulmate" balik minggu ni, ambil kesempatan tu untuk pergi butik pengantin. Butik tu atas Bazaar Buluh Kubu. Nama butik tu Sanggar Kayangan, wah!sangat unik. Harap-harap apa yang dirancang jadi seperti yang dirancang. Yang sebenarnya, hampir semua sedara aku ambik pelamin, make up dengan butik ni. Kiranya, memang kitorang kenal tuan punya butik. Senang skit nak request pape. Tak segan sangat.

Okeh, warna tema kuning. Nanti kami akan bersanding dengan songket kuning, lepas tu tukar baju lace meroon, petang skit tukar gown putih untuk posing dgn potong kek... Last, baju pink purple, masa tu dah petang. Santai sambil layan tetamu... Untuk outdoor nanti pakai kimono. :). Nanti yang story untuk outdoor nak kena discuss dengan PA Potographer, Cik Aenn Shadi. Nak buat ala-ala samurai ke, style damai ke. Pape je la, asal lain daripada lain.

Lepas settle bincang pasal tema, pilih baju n etc2 aku ngan "soulmate" terus ke Bachok. Kenduri kawin kawan kat sana. Tema diorang coklat. Ceria pengantin baru. Tahniah Fendi & Norita. Semoga berbahagia hingga hujung nyawa.

Friday, November 25, 2011


Ni salah satu lagu fav aku... Lirik dia penuh makna. Sangat touching... Jom sama-sama layan... ^_^

Whitney Houston - Greatest Love Of All

I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be
Everybody searching for a hero
People need someone to look up to
I never found anyone to fulfill my needs
A lonely place to be
So I learned to depend on me

[Chorus:]
I decided long ago, never to walk in anyone's shadows
If I fail, if I succeed
At least I live as I believe
No matter what they take from me
They can't take away my dignity
Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me
The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all

I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be

[Chorus]

And if by chance, that special place
That you've been dreaming of
Leads you to a lonely place
Find your strength in love

Wednesday, November 23, 2011

Penyakit berpunca daripada pemakanan

Jumaat lepas aku sempat melawat kawan yang sakit buah pinggang. Kata doktor punca penyakit tu daripada tabiat pemakanan pesakit. Kawan aku tu memang hari-hari makan kat kedai, kan kerja. Lapar je kedai, lapar je kedai... Kat kedai tu kita tak tahu dia apa yang diorang masukkan dalam makanan. Macam-macam bahan perasa diorang letak nak kasi makannan sedap.

Moralnya jangan selalu sangat makan kat kedai. Masak kat rumah lagi bagus, takde bahan perasa tambahan, bersih. Kita makan pun tak was-was. Aku jarang beli makanan kat kedai, selalu jugak bawak bekal gi ofis. Biarla orang nak cakap macam budak sekolah ke kanak-kanak ke, aku tak kisah. Janji makanan tu bebas daripada bahan perisa yang boleh memudaratkan kesihatan. Takyah susah-susah g kedai, lepas tu bersesak-sesak nak beli makanan. Jimat masa dan tenaga kalau bawak bekal ni. he3Jaga kesihatan untuk jangka masa yang panjang. :D

Lunch box aku.Comel kan? :D

Monday, November 21, 2011

Bola... Bola dan Bola...


Semua update kat FB pasal bola malam ni. Final Malaysia VS Indonesia... Harimau Malaya menentang Garuda. Sapa bakal juara? Entah tak tahu. Aku tak tahu sangat pasal bola, tak pernah ambik tahu langsung... Sejak dua menjak ni je update pasal bola. Mana tak updatenya, dah "soulmate" peminat sejati bola. Dia punya obses pasal bola ni takyah cakap la. Contohnya, masa jalan-jalan kat mall aku belek t-shirt yang ada lambang selain pasukan kegemaran dia pun kena komplain. Kalau nak t-shirt bola kena daripada pasukan kegemaran dia. :). Tak kisahla mana-mana pun. Asal dia happy.

Setahu aku, "soulmate" aku tu suka pasukan Manchester United, Itali dan semestinya The Red Worriors. Rela tak tido malam semata-mata nak tengok bola. Hantu bola betul la. Malam ni bolehla update blog skit-skit. Dia layan bola. Harap-harap Malaysia menang malam ni.

Sunday, November 20, 2011

Tag!

Okeh, dah siap print tag untuk doorgift. Awal giler kot.Ha3. Early preparation bak kata mat salleh. :) :) :). Terima kasih banyak-banyak untuk my lovely friend. Cik Aenn kita sebab sudi design bendalah ni. You really rock!!!

Sementara ada masa terluang ni tangan kena bergerak-gerak gunting tag ni la. Print guna printer yang ink dia kena air tak luntur. Terbaik. Anta kedai pun dia print pakai printer macam ni jugak. Lepas tu mark up harga tinggi-tinggi. Dah ada kemudahan tu aku guna ajola. Bos ok je. No problem katanya. Setakat nak print 40 keping takde hal la. :D :D :D.

Sekarang ni tinggal nak gunting aje. Member office siap tawar diri nak tolong guntingkan. Daripada boring duk saje takde benda nak buat masa lunch tu kitorang gunting dengan gigih. :D. Selesai bab tag. Nanti nak kena fikir pasal doorgift plak. Tak tahu lagi nak bagi ape. Pikir... Pikir...Pikir...


Mereka excited...

Senyum tengok gelagat anak-anak buah aku. Mana taknye, diorang excited bila boleh bergambar atas "bulldozer". Biasa tengok atas jalan masa selisih je. Semalam benda tu ada tepi rumah. Apalagi semua nak naik benda tu sebab nak bergambar. 2 hero macam 5,6 orang lagaknya. Lasak hero aku tu memang takyah nak cakap lagi. Dah nama lagi hero. Terjun sana, terjun sini. Macam bergegar jer rumah. Tapi hero2 tu la penawar hati.

2 hero dengan kak bellah

Kak Bellah, Kubih, Otroman

Wednesday, November 9, 2011

Juadah hari raya

Salam Aidiladha... Macam dah terlewat je nak cakap macam tu. Tapi takpela, lagi pun hari-hari makan daging daripada hari raya pertama lg. Mood raya masih terasa. :). Bila cakap pasal raya ni benda pertama nak kena fikir mestila pasal nak masak ape untuk juadah pagi raya. Menu wajib hari raya kat umah aku Sate Ba'ra+nasi impit, macam tak pernah dengar kan??? Sebenarnya tu resepi yang mak aku cipta sendiri. Beza sate ba'ra dgn sate biasa tu lidi je. Sate Ba'ra tak pakai lidi. Jimat masa dan boleh elakkan kanser. :D. Tapi cara penyediaan tu agak susah skit. Sbb banyak langkah nak kena ikut. Leceh. Tapi makan kejap je. Nak tak nak kena gigih buat la tiap-tiap tahun. Dah jadi kegemaran ahli keluarga dan sekarang dah jadi kegemaran tunang. Rasa sekali dah jadi kegemaran dia.

Sate Ba'Ra

Panjang melalut, sebenarnya nak kongsi resepi pembasuh mulut. Sangat simple dan senang nak buat. Trifle... Aku yang tak pandai masak pun boleh buat. Kadang-kadang tu rasa rugi&menyesal sebab tak belajar masak awal. Apa nak buat benda dah lepas. Sekarang ni mula la kalut nak belajar sebab dah dekat nak kawin. :D... Ok lah, bawah tu resipi dengan cara-cara nak buat trifle versi aku. Selamat mencuba. :D

Best susun buah-buah atas custard. Seni. :D
(Pandangan atas, sebelum letak puding)

Pandangan sisi
(Sebelum letak puding jugak)

Siap dah. Jemput jamu mata...


BAHAN-BAHAN

- Kek gulung (1 paket)

-
Custard (2 sudu besar)

- Buah peach/Fruit cocktail (1tin)

- Jelly/Puding serbuk (nona)

- Susu cair – 1 tin

- gula (2 sudu besar)

CARA-CARA

- Potong kek n susun jangan ada ruang dlm bekas. Basahkan kek dengan air syrup koktail.

- Masukkan custard

- CARA2 buat custard – 2 sudu besar custard (campur air,kacau)

- Masak custard dgn 1 tin susu cair, +gula dlm 2 sudu besar. Kacau sampai pekat.

- Letak custard yang dimasak td atas kek tu, sejukkan kejap.

- Sejat fruit koktail n susun atas kastard kasi penuh. :D

- Akhir sekali letak jelly/puding (jelly/puding tu masak ikut sukatan dlm kotak). Biasa guna perisamango.lasttttttttt masuk peti n makannnnnnnnnnnlah.

*Puding lagi best compare dengan Jelly.


Thursday, November 3, 2011

Kemek... Remuk...

Yang kemek tu kereta aku, yang remuk tu hati aku. Apa nak jadi la budak-budak zaman sekarang ni. Kalau nak ikutkan hati panas nak je sekeh budak yang bawak motor tu. Petang tadi balik daripada pejabat aku terus ke rumah abang aku. Niatnya nak ambil anak buah jadi peneman aku nak beli barang kat pasaraya dekat rumah. Masuk je lorong nampak budak perempuan bawak motor tak pandang depan. Aku berentikan kereta, lepas tu hon dia. Jarak aku berenti jauh jugak, dalam 2 depa kot. Awal-awal masuk lorong tu memang dah nampak mata budak tu kelain. Kalau aku tak berenti masa nampak tu, agaknya kemek terus depan kereta tu. Dia bawak motor betul-betul tengah jalan. Tapi berenti ke tak kemek kereta jugak kereta, nasib baik tak pecah lampu depan. Dah la bawak budak kecik atas motor tu. Angin satu badan je rase.
Disebabkan aku tengok budak kecik tu nangis jugakla lupa nak ambil no plat motor dengan no telefon mak budak tu. Susah betul bila kenangkan kelemahan aku, memang tak boleh tengok budak-budak nangis. Nasib baikla budak kecik tu tak cedera. Kereta kemek tanpa pembelaan sebab aku kesian tengok budak kecik tu lah.Haih. Nak buat macam mana, dah takde rezeki. Kena repair sendiri. Cubaan...