Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label kawin. Show all posts
Showing posts with label kawin. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Kad kawin ^_^

Post ni bab kad kawin plak... Kad dah siap ujung bulan 12 hari tu lagi.  Bak kata orang putih tu "Early preparation". :D.  Sangat teruja bila tahu kad dah siap. Tapi masa g KL hari tu baru aku tengok kad. Mana taknya, duk Kelantan tempah kad kat KL. He3. Semua tu lepas perbincangan, survey harga kad dengan  "soulmate".  Disebabkan awal tempah kad tu kami dapat free 1 banting&extra 50 keping kad kawin tu. Rezeki jangan ditolak bak kata orang-orang tua.  Syukur kepada yang memberi.

Konon-konon masa nak g shopping barang kawin tu nak bawak balik separuh kad, budjet gagah perkasa, tak ambik luggage. Skali lps isi semua kad dlm beg tu, tak terangkat lansung beg tu, org yg mengangkat tu yg terangkat. Disebabkan perasan gagah tu jugakla melayang RM45, masa timbang beg tu ngam-ngam 15KG, macam perli aku jerk timbangan tu. Grrr... Tapi semua dah selamat sampai termasukla tuan punya beg tu.he3.  Bila ada masa aku kumpul address kawan-kawan.  Terus tulis&lekat setem. Tak suka nak buat keje last minute. Tu la hasilnya.  Sebenarnya banyak lagi yang tak siap.  Buat sikit-sikit, lama-lama siap (Falsafah sendiri). he3.

 Gigih menulis&menampal setem

Dulu nak anta surat 30 posen je setem sekarang dah 60 posen. Duit ajo zaman sekarang. @_@

Barang kawin lagi... ^_^

7/1/2012, Sabtu~ Perjuangan belum selesai. Dramatis amat ayat. :D.  Hari ke 2 dan terakhir di KL ni kami menjelajah Mall nak cari barang-barang nak letak atas par. Pagi-pagi lagi "soulmate" datang ambik aku umah cousin nak keluar.  Kami mengejar masa. Sempat makan pagi rumah cousin aku tu. Nasi berlauk, masakan orang Kelantan katanya, sedap. :)

Sebelum mula meronda tu kami berenti kadai tayar, sebab tayar kereta "soulmate" bocor. 15minit settle.  Sepanjang hari jalan-jalan cari barang tu kami sempat beli handbag, sandle, kasut, kemeja, jeans je.  Selebihnya "soulmate" kena beli sendiri. Sekurang-kurangnya 80% barang atas par dah siap dibeli. Lega.  Kopak jugakla bulan ni.  Dah adat nak kawin ni kena berhabis.

Dah selesai beli barang tu konon-kononnya nak g makan meatball kat IKEA, skali jam teruk dekat tempat nak masuk parking.  Cancel, tak kuasa nak menunggu lama-lama.  Makan ayam pusing 5 bintang pun sedap jugak. Alhamdulillah kenyang..Rezeki Allah.

Best!

Lepas makan kami terus ke airport, sebelum tu berhenti solat dulu.  Lega bila dah selesai semuanya.  Perjalanan pun lancar.  Terima kasih "soulmate", susah spend masa teman beli barang-barang kawin. :).  Pukul 8.45PM aku fly blk KB... Misi seterusnya... Shooting Pre Wedd & fitting baju kawin.

Barang kawin oh barang kawin

6/1/2012, Jumaat~ Fly KB-KL pukul 3PM, sampai sana dekat pukul 4.  "Soulmate" datang ambil, kitorang terus ke Nilai 3 memandangkan jarak antara LCCT ke Nilai dalam 20min je.  Jimat masa kalau pergi sana terus.  Sampai sana terus rambang mata nak pilih bunga telur. Banyak sangat, pening lah. Misi kami hari tu nk cari 800 kuntum bunga telur dengan 800 paper bag.  Nak bagi kat tetamu nanti la.  Dah tu, setiap benda tu ada 2 kategori plak.  Untuk rombongan dengan tetamu berbeza skit. Jenuh jugak la jalan-jalan cari barang-barang tu.  Melecet-lecet kaki dibuatnya.  Lewat petang baru settle beli barang tu.

Bila dah selesai bab "doorgift"/siso (slang orea Kelate) mata ni asyik melekat kat kedai kain yang ada kat situ plak. Haru rasa, tengok kain tu cantik, kain ni cantik...  Sudahnya "terbeli" 4 pasang kain. :D.. Untuk mak skali ye.  niatnya nak balik dah, tapi mata melekat kat kedai cadar plak dah... Beli cadar plak... Alasan? Memang nak beli cadar pun. :P.  Taktik taknak bagi "soulmate" bebel. Menjadi la alasan tu. :).

Kami pening tak tahu nk pilih

 Bunga Telur untuk rombongan pengantin lelaki, untuk jemputan lain, lain cite plak

Cantik bekas hantaran depa buat


Pukul 9 malam baru kami gerak balik rumah cousin aku.  Aku tido umah dia malam tu, sebelum balik tu kami singgah makan kat Dengkil.  Sangat lapar sebab kepenatan mengejar masa. Mencabar tahap sabar sebenarnya restoran yang kami singgah tu, air pun lambat sampai.  Sabar ajola.  Sabar punya sabar, sampai jugak makanan kami, maka makanla kami penuh kesyukuran. he3. Alhamdulillah kenyang.

                                    
 Penantian yang berbaloi, sedap!


Sampai je rumah cousin aku tu anak-anak dia tak tido lagi, tunggu suyan katanya.  Si abang sanggup tunggu aku siap mandi sebab nak ajak main badminton.  Melayan budak-budak ni tak penah rasa penat.  Seronok je.  Comel je. Thank K'Fetty & Abg Kamal.

2 budak kecik comel yang setia menunggu sampai lewat malam.

Sunday, November 20, 2011

Tag!

Okeh, dah siap print tag untuk doorgift. Awal giler kot.Ha3. Early preparation bak kata mat salleh. :) :) :). Terima kasih banyak-banyak untuk my lovely friend. Cik Aenn kita sebab sudi design bendalah ni. You really rock!!!

Sementara ada masa terluang ni tangan kena bergerak-gerak gunting tag ni la. Print guna printer yang ink dia kena air tak luntur. Terbaik. Anta kedai pun dia print pakai printer macam ni jugak. Lepas tu mark up harga tinggi-tinggi. Dah ada kemudahan tu aku guna ajola. Bos ok je. No problem katanya. Setakat nak print 40 keping takde hal la. :D :D :D.

Sekarang ni tinggal nak gunting aje. Member office siap tawar diri nak tolong guntingkan. Daripada boring duk saje takde benda nak buat masa lunch tu kitorang gunting dengan gigih. :D. Selesai bab tag. Nanti nak kena fikir pasal doorgift plak. Tak tahu lagi nak bagi ape. Pikir... Pikir...Pikir...


Sunday, October 16, 2011

Persediaan Awal

Oke... Hr Jumaat lepas ada promosi kat KK Home Decor untuk ahli. Apa lagi, tak lepas peluang la kami. Masa g sana tu penuh sesak dgn orang yang nak beli barang macam kami. Sebenarnya kami bertiga ke sana, eh berempatla...Budak tadika sebik nak ikut jugak. he3. Fokus utama nak beli barang untuk hias par kahwin tahun depan. Tersangatla awal persediaan kali ni. Gara-gara sale punya pasal. Tapi mmg berbaloi sgt shopping hr tu. Mana taknye, brg yg sepatutnya RM13.90 satu blh dapat dua. Harga ahli RM9.90. Dah untung berapa kat situ. Sepatutnya habis dalam Rm 363.20 untuk semua barang2 hiasan par tu. Tapi jumlah yang perlu dibayar hanya RM181.60. Selamat tengah-tengah bulan ni.

Masuk je kedai tu terus macam teruja. Tengok tu nk tu, tengok ni nak ni. Tapi terpaksa kena tahan diri. Beli barang-barang yang penting ajolah. Kak Na (cousin yg creative bab hias) suruh beli bunga, lapik nk letak atas par. Mula-mula sekali terus pilih benda-benda tu. Temanya meroon+cream. Alang-alang dah masuk situ cari hadiah kahwin untuk kawan-kawan terus. Senang skit. Jimat masa&cost.he3. Sale...Sale...Sale...

Ni la hasilnya

Dah settle separuh daripada hiasan untuk par... Riben je yang belum beli lg. Penuh kereta dengan barang2. Gamba kat atas tu sy punya je... Ada lg 5 ke 6 plastik besar macam tu lg. Sampai nak duduk dalam kereta pun susah.

Destinasi seterusnya kedai kain. Cousin yang dua orang tu nak cari kain la plak... Dah settle kedai kain singgah Mc D kejap. Perut kenyang lg, tp rasa nk makan aiskrim. Cuaca panas sesuai sangatla makan aiskrim. Nak sejukkan badan. :)...Selesai perjuangan hari ni. Persediaan untuk 5 bulan akan datang. :)



Kitaran hidup...



Rasanya macam dah lama tak update blog ni... Siap kena perli ngan abang lagi. ^_^... Kadang-kadang tu time ada idea nk memblog takde masa terluang... Ada masa terluang takde idea plak. Kalau dah tak sempat tu macammacam alasan.

Hmmm, hari ni nak tulis pasal hari tunang hari tu... Sebelum tunang tu ada merisik, sebelum merisik tu dilamar secara tak rasmi. Tu pun melalui sms je, sebabnye tunang aku tu sangat pemalu orangnya. Tp sekarang macam dah tak pemalu dah. Kena tempias. he3. Ni date penting dalam hidup aku...

13/10/2010- Declare couple
06/5/2011- Family belah laki datang merisik
13/09/2011- Bertunang
11/3/2012- Kahwin (Insyallah)

Masa merisik tu keluarga belah laki bawak cincin, kain pasang & kuih... Sebagai balasannya pihak perempuan bagi sepasang kemeja & lauk pauk. Cara merisik ni terpulang pada masing-masing... Masa merisik tu pihak keluarga lelaki menyatakan niat mereka untuk menyunting bunga di taman (ayat puitis :D). Dengan kata lainya nak datang tanda. Budak2 cakap nk "chup". Di samping tu diorang akan bincangkan tarikh nak bertunang, bilangan dulang hantaran etc2.

Masa tunang hari tu kedua-dua belah pihak setuju untuk buat 7 dulang berbalas 7.. Ni list brg drp pihak perempuan:

1. Sirih+cincin 2. Sampin 3. Kain sarung tenun+songkok 4. Baju Melayu
5. Pulut kuning 6. Kek 7. Buah-buahan


* Hiasan par ni kena ready awal-awal. Barula x kelam kabut. Semua hiasan par ni cousin yang buat. Nasib baik ada dia. Kalau tak susah jugak. Timo Kasih K'Na ngan gang dia sbb sudi siapkan par2 tunang yg cantik ni. :D

Pihak lelaki membalas dengan:

1. Sirih+cincin 2. Kain pasang 3. Kain utk akad 4. Pulut kuning 5. kek
5. Buah-buahan 6. Buah-buahan 7. Coklat


Pesanan untuk sape2 yang nk tunang tu... Buat persedian awal, kalau rase nk save budjet xyah nk tunang, kawin je terus. Majlis bertunang pun pakai belanja besar. Mana taknya, kena sediakan makanan untuk jemputan, brg2 hantaran, door gift, mini stage lg. Kurang2 kena ada budjet dalam RM 5k-RM 7k. Aku bernasib baik sbb masa tunang hr tu skali dengan akikah anak2 buah. 3 org budak kecik sama jugak dengan 3 ekor kambing. :D. Buat sekali terus, save masa ngan budjet. Antara benda-benda yang kena fikir awal2 menu +khemah, hantaran, jurugambar, stage+baju etc2. Baju tunang hari tu saya guna kain yang sedia ada... Pakai je apa-apa, asal ada kenyakinan dengan aura, Insyallah semua ok. Done!

* Ribuan terima kasih pada sponsor2 dan yang banyak membantu... Bonda, Abe Mad, Abe Zamani, Che Yah, Che Jah, K'Na, K'Fetty, Jan dan kawan2, Aenn(Thanks sponsor kek comel), Cik Sal ngan Elia sbb sudi dtg pg2.hik3. Timo kasih la belako (versi Kelate).