Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 29, 2011

HIV Test


28/12/11 Rabu ~ Memandangkan lagi 3 bulan kami nak melangkah ke alam perkahwinan, aku dengan "soulmate"ambil keputusan nak buat HIV test tu awal-awal.  Nanti dah tak kalut nak buat benda tu, lagi pun keputusan ujian HIV tu valid untuk 6 bulan. Berdebar-debar jugak la masa tu.  Mana taknye, aku ni klu bab-bab jarum macam seriau skit.  Kami buat HIV Test dekat Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.  Alhamdulillah keputusan kami  -ve. Lega.


Selesai....

Dah selesai ujian tu kami jalan-jalan cari makan je la.  Makan nasi sup tepi Hotel Riverview. Sedap. Biasa kalau makan kat sini masa lunch tu memang penuh.  Kami sampai kat situ sebelum lunch hour, selamat...Tak payah nk bersesak-sesak.  Perut kenyang hati senang kata orang-orang tua. :).  Kedai sempoi je, tapi makanan dia best.  Seronok tengok "soulmate" aku makan.  Berselera dia.  Masakan Kelantan katanye, lain daripada masakan luar.

Sup gear box+Sup Tulang+Ayam Bakar+telur masin

Lepas makan kami jalan-jalan dulu sementara tunggu nak jumpa dengan lecturer merangkap kawan aku.  Nak ambik perfume yang dia sponsor untuk wedding aku.  Terima kasih Puan Nurazleena.  Lewat petang baru jumpa dia, dia ada meeting kat UiTM. Tak tahu nak jalan mana kalau kat KB ni, last2 decide nak g minum air kelapa dekat Sek Kompleks, sampai-sampai tutup kedai tu. Haih, terus ke KB cari nasi kerabu untuk dinner kami. Lepas beli meal baru g rumah lecturer aku.  Sebelum maghrib dah sampai rumah.  Usai maghrib aku dengan "soulmate' makan malam. Lepas tu dia balik.

Panjang umur, murah rezeki, ada jodoh, jumpa lagi kita tahun depan.  Macam lama jer bunyinye.  Padahal 6/1/12 aku nak g KL shopping barang kawin. :). Will miss u dear... Mohd Rijal Shukri...


Balik...



27/12/11, Selasa~ Aku, "soulmate", mak aku gerak balik Kelantan daripada Sungai Petani.  Sebelum balik kami sarapan kat rumah pakcik "Soulmate", Nasi Lemak Cinta Sayang katanya.  Sedap.  Lepas makan tu kami borak-borak dulu.  Pukul 11 lebih baru gerak balik Kelantan.  Cuaca mendung, nyaman je rasa.  Kami singgah berehat di Hentian Rehat Titiwangsa Jalan Timur-Barat, sejuk sangat kat situ.  Best.  Kami selamat sampai pukul 6 lebih.  Sebelum balik rumah aku, kami singgah rumah nenek "soulmate".  Makan mee goreng. Lepas solat, borak-borak baru gerak balik KB.
 Pandu cermat jiwa selamat




Hentian Rehat Tititwangsa

KB-Perak-Penang-Sungai Petani-KB


22/12/11, Khamis~ End of year...Semua nak cuti-cuti Malaysia, habiskan cuti tahunan...  Sama jugak la ngan aku, nak cuti rehatkan minda. Kebetulan masa cuti Krismas tu nephew aku bertunang dengan orang Penang. Alang-alang dah sampai sana tu bercuti kat sana je la. Aku gerak daripada KB ke Perak, stay Perak sehari kat rumah abang. Lama tak naik bus, sampai sana pukul 4.15AM, laju giler pakcik driver drive, seram je rase. Haih... Petang tu kami jalan-jalan kat Lumut jap. Tak best sangat sebab hujan, nak jalan pun tak selesa.  Sian budak2

 
Kak  Bellah, Rayyan, Zara 

24/12/11,Sabtu~ Lepas breakfast kami gerak gi Penag, perjalanan yang sepatutnya 2jam 1/2 dah jadi 5 jam. Masa cuti Krismas jalan sesak tak payah nak cakapla. Bosan giler seharian dalam kereta. Petang baru sampai Penang.  Kami stay  kat apartment Batu Feringgi. "Soulmate" aku pun datang Penang, dia gerak daripada Shah Alam. Maghrib baru sampai, sian penat drive sorang-sorang. Jalan jam lagi. Lepas makan malam kami ramai-ramai jalan kat pasar malam Batu Feringhi.  Menarik, tak sedar pun rupa-rupanya jauh kami jalan. Seronok.

25/12/11, Ahad ~ Pukul 10.30 AM kami gerak dari tempat penginpan ke rumah bakal tunang nephew aku. Jalan jam punya pasal dekat sejam jugak la duk bertapa dalam kereta.  Rombongan kami 4 kereta je.  "soulmate" aku naik kereta abang aku. Kurang kereta, kurang jam. :).  Adat orang Penang dengan Kelantan berbeza skit. Semua hantaran diberitahu pada hari bertunang.  Lagi satu, diorang suap gula pada orang yang bertunang tu.  Kalau di Kelantan suap gula&garam hanya kepada baby yang baru lahir. Makanan pun berbeza jugak, kari skit, ada sate skali. Menarik. Tahniah Syam & Bibs.  Semoga cepat-cepat kawin. Jangan potong que. :P



Lepas majlis kami ke bandar Penang, orang kata kalau datang Penang tak beli jeruk tak sah. Kami ke Pasar Chowrasta, penuh dengan orang.  Bersesak lagi kat situ, sangat rimas.  Macam-macam jeruk ada.  Lepas beli terus balik apartment.  Tak kuasa nak berlama-lama kat tempat ramai orang, rimas. Banyak jugak borong jeruk, mak aku nak bagi kat kat makcik sebagai ingatan datang Penang.  Percutian yang paling penat.  Asal gerak jam, asal jam gerak. Haih...

 

 
Kecur air liur tengok jeruk 

Malam, kami celebrate birthday Zara yang pertama.Hepi Bestday Zara Aleesya, cepat-cepat besar dan jadi anak yang solehah.  Dah setahun budak kecik ni, kejap je rasa, mentang-mentang dah setahun dah taknak nestum, nak makanan orang besar-besar.  Sweet. Malam tu kami ramai-ramai ke Padang Kota pekena Char keow tiow Penang. Keluar je jalan dah jam.  Sejam dalam kereta baru boleh merasa char keow tiow tu.  Balik je semua terus tido. Penat.



26/12/11, Isnin ~ Hari ni tak g mana-mana pun. Stay kat apartment. Keluar beli lunch je.  Penat bersesak kat jalan raya tak habis lg. Haih.  Pukul 5 petang baru kami check out daripada apartment tu.  Naik feri ke George town.  Makan malam kat sana, lepas tu anta abang aku naik bus balik Kelantan, Abe Zamani balik Perak. Aku, mak, "soulmate" teruskan perjalanan ke Sungai Petani.  Rumah pakcik "soulmate". Bermalam kat sana.  Sampai dah lewat malam, borak-borak kejap masuk tido.  Ngantuk sangat.

Sunday, December 18, 2011

.......

Macam mana nak mengabaikan masalah, rasa serabut dalam minda??? Semua benda jadi tak rasional bila fikiran celaru.  Cari kawan untuk bercerita...  Tapi sejauh mana kebolehpercayaan kita terhadap individu tersebut.  "Soulmate"?  Sanggup ke dia berkorban masa untuk dengar masalah kita?  Daripada dia semakkan kepala lg best pilih untuk rehatkan diri...Tidur ke, tengok tv, main game, tak pun keluar lepak-lepak dengan kawan..

Orang kata "soulmate" adalah orang terbaik untuk kita luahkan apa yang kita rasa mengganggu kita.  Sekurang-kurangnya ringan bebanan di kepala.Tapi... bagi aku, kalau individu belum bersedia untuk mendengar dan  berkongsi tak wajar rasanya meletakkan bebanan kepada mereka.Makanya... S.I.L.E.N.T. sajalah.Konsep meluahkan apa yang terbuku difikiran bagus untuk sesetengah individu, dan ada pro dan kontranya.  Kadang-kadang apa yang disampaikan tidak sama dalam fikiran. Mulut kata "Ya" hati kata "Jangan" vice versa. Pemahaman lenggok bahasa sesuatu yang sukar untuk difahami. 

Belajar untuk memahami... Macam mana?  Semua menjadi persoalan bila bahasa yang digunakan sama, tetapi pemahaman berbeza.  Sesuatu benda akan jadi sangat "complicated".  Belajar untuk faham sesama sendiri adalah sesuatu yang perlu dan untuk keselesaan.  Keutamaan terhadap individu harus "dihiglightkan" supaya tidak terkeliru dengan persekitaran... 

Monday, December 12, 2011

Sunat...Ja'wi...

"Ja'wi" tu longhat orang Kelantan untuk bersunat@berkhatan. Biasanya budak-budak bersunat masa cuti sekolah, dan menjadi kebiasaan kalau diorang takut nak bersunat, lagi takut budak tu lagi bestla orang-orang sekeliling menyakat. Tengok muka cuak budak nak sunat tu rasa macam lucu. :). Cuti sekolah ni nephew aku ngan anak sepupu aku sunat. Sorang dah darjah 4, lagi sorang darjah 6.

Anak buah aku yang darjah 4 tu daripada darjah 2 lagi dah nak sunat. 2 tahun lepas masa abang dia berkhatan dia sebok2 nak join skali. Tapi abah dia tak bagi sebab dia kecik lagi masa tu. Punya la kental jiwa dia. Hari ni pun terbukti dia memang tak takut sunat, masa kena bius tu tak bunyi suara pun. Steady la Abang Uda, kecik2 cili padi. Abang dia masa khatan dulu takyah cakap la bising. Kesian budak-budak yang belum sunat masa tu. Semua cuak sebab dengar suara Achik tu kuat sangat. Badan je besar, tapi penakut.

Tahun ni dua-dua yang bersunat steady, takde mearaung-raung sakit. Dia je, siap senyum lagi masa dah sunat tu. Terbaik la Abang Uda & Abg Ayil. Tabik springgg, toing2! Rajin-rajin pantang ye. ^_^

Uda, kecik-kecik berani

Sengih-sengih, jaga tudung saji tu Abang Ayil

Sunday, December 11, 2011

Ramai-ramai

Cuaca diramalkan akan hujan tanpa henti bermula semalam. Sabtu 11/12/11, gelombang banjir kedua khabarnya. Sape-sape yang umah kat kawasan banjir diminta berjaga-jaga. Sian makcik aku, risau dah dia. Mana taknye, Jumaat nk nk gerak g Melaka anta anak belajar di Politeknik Merlimau.

Aiya, merapu ajo. Sebenarnye nak cerita pasal semalam. Lepas raya hari tu, semalam baru kami adik beradik kumpul balik. Makan ramai-ramai. Petang tu aku layan anak buah main badminton dulu. Kenduri durian semalam, lepas penat melayan budak-budak aku tolong kakak ipar aku siapkan menu pulut durian kitorang. Dah lama tak rasa seronok macam semalam. Best giler makan durian. Tapi aku takleh over makan, kang malam tak tido kepanasan. :D.

Malam tu kami dinner ramai-ramai jugak. Lauk simple je, sebab tu dinner tak dirancang. Ayam goreng, ikan singgang, budu+durian, ikan kerisi goreng, sambal tumis bilis, ikan terubuk goreng (Soulmate belikan masa dia outstation kat Sarawak). Riuh rendah satu rumah dengan gelagat 2 hero & 2 heroin. Senyum sorang bila teringat pasal diorang. Hari ni sunyi balik dah. 2 kanak-kanak riang dah balik Perak. Rindu K' Bellah, Aleam dgn Zara.xoxo.

Durian oh Durian

2 hero kepenatan (Afnan& Rayyan)

Pagi ni makan-makan lagi, Che Yah (mak sdare aku) dia buat makan-makan sempena cucu sulung dia nak sunat esok, buat solat hajat sekali. Menu pagi, nasi kerabu tumis, ayam goreng+ikan celup tepung, kopok. Nasi Kerabu Tumis Che Yah memang terbaik. Tengah hari ada nasi beriani, chef nya Puan Zurina. Thumbs Up Kak Na. Nanti boleh buat lagi. :D

Saturday, December 10, 2011

Sabtu...

Hari ni Sabtu 10/12/11... Bangun pagi, siap-siap nak anta mak ke Klinik Jega kat KB. Doktor yang terkenal dengan sakit-sakit urat. Kalau nak jumpa doktor kena awal-awal, sebab kalau lewat dia dah tak ambil pesakit. Mak aku ni nak jumpa Dr.Jega je. 7.50AM dah gerak. Sampai sana pukul 8. Daftar nama dan tunguuuuuuu... Pukul 11.30AM baru settle. Huhhhh, lama giler. Mujur ada member yang keje dekat-dekat klinik tu. Gi tempat dia borak-borak.

Balik terus ke pasar. Dah takde pape yang menarik kat pasar tu nak beli. Balik rumah, rehat-rehat jap terlintas nak buat nasi goreng. Tak reti masak pun sebenarnye, jadi ke tak nasi goreng tu.hahaha. Hentam je la, mujur rase nasi goreng. Alhamdulillah kenyang. Rezeki Allah.


Ni la rupa nasi goreng suka-suki+ayam tempura+kopok