Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 29, 2011

KB-Perak-Penang-Sungai Petani-KB


22/12/11, Khamis~ End of year...Semua nak cuti-cuti Malaysia, habiskan cuti tahunan...  Sama jugak la ngan aku, nak cuti rehatkan minda. Kebetulan masa cuti Krismas tu nephew aku bertunang dengan orang Penang. Alang-alang dah sampai sana tu bercuti kat sana je la. Aku gerak daripada KB ke Perak, stay Perak sehari kat rumah abang. Lama tak naik bus, sampai sana pukul 4.15AM, laju giler pakcik driver drive, seram je rase. Haih... Petang tu kami jalan-jalan kat Lumut jap. Tak best sangat sebab hujan, nak jalan pun tak selesa.  Sian budak2

 
Kak  Bellah, Rayyan, Zara 

24/12/11,Sabtu~ Lepas breakfast kami gerak gi Penag, perjalanan yang sepatutnya 2jam 1/2 dah jadi 5 jam. Masa cuti Krismas jalan sesak tak payah nak cakapla. Bosan giler seharian dalam kereta. Petang baru sampai Penang.  Kami stay  kat apartment Batu Feringgi. "Soulmate" aku pun datang Penang, dia gerak daripada Shah Alam. Maghrib baru sampai, sian penat drive sorang-sorang. Jalan jam lagi. Lepas makan malam kami ramai-ramai jalan kat pasar malam Batu Feringhi.  Menarik, tak sedar pun rupa-rupanya jauh kami jalan. Seronok.

25/12/11, Ahad ~ Pukul 10.30 AM kami gerak dari tempat penginpan ke rumah bakal tunang nephew aku. Jalan jam punya pasal dekat sejam jugak la duk bertapa dalam kereta.  Rombongan kami 4 kereta je.  "soulmate" aku naik kereta abang aku. Kurang kereta, kurang jam. :).  Adat orang Penang dengan Kelantan berbeza skit. Semua hantaran diberitahu pada hari bertunang.  Lagi satu, diorang suap gula pada orang yang bertunang tu.  Kalau di Kelantan suap gula&garam hanya kepada baby yang baru lahir. Makanan pun berbeza jugak, kari skit, ada sate skali. Menarik. Tahniah Syam & Bibs.  Semoga cepat-cepat kawin. Jangan potong que. :P



Lepas majlis kami ke bandar Penang, orang kata kalau datang Penang tak beli jeruk tak sah. Kami ke Pasar Chowrasta, penuh dengan orang.  Bersesak lagi kat situ, sangat rimas.  Macam-macam jeruk ada.  Lepas beli terus balik apartment.  Tak kuasa nak berlama-lama kat tempat ramai orang, rimas. Banyak jugak borong jeruk, mak aku nak bagi kat kat makcik sebagai ingatan datang Penang.  Percutian yang paling penat.  Asal gerak jam, asal jam gerak. Haih...

 

 
Kecur air liur tengok jeruk 

Malam, kami celebrate birthday Zara yang pertama.Hepi Bestday Zara Aleesya, cepat-cepat besar dan jadi anak yang solehah.  Dah setahun budak kecik ni, kejap je rasa, mentang-mentang dah setahun dah taknak nestum, nak makanan orang besar-besar.  Sweet. Malam tu kami ramai-ramai ke Padang Kota pekena Char keow tiow Penang. Keluar je jalan dah jam.  Sejam dalam kereta baru boleh merasa char keow tiow tu.  Balik je semua terus tido. Penat.



26/12/11, Isnin ~ Hari ni tak g mana-mana pun. Stay kat apartment. Keluar beli lunch je.  Penat bersesak kat jalan raya tak habis lg. Haih.  Pukul 5 petang baru kami check out daripada apartment tu.  Naik feri ke George town.  Makan malam kat sana, lepas tu anta abang aku naik bus balik Kelantan, Abe Zamani balik Perak. Aku, mak, "soulmate" teruskan perjalanan ke Sungai Petani.  Rumah pakcik "soulmate". Bermalam kat sana.  Sampai dah lewat malam, borak-borak kejap masuk tido.  Ngantuk sangat.

No comments: