Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 29, 2010

Ragam hidup

Manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada. Setiap kali mereka akan merintih, mengeluh dengan apa yang mereka ada. Tak terlintas ke di kepala yang semua perkara ada hikmahnya. Allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu untuk menghadapinya. Hakikat dunia memang susah nak ditafsirkan. Setiap individu ada pendapat masing-masing. Bila ditegur apa masalahnya, terus menerus menunjukkan protes. Protes yang memuaskan diri, tp dalam masa yang sama memakan diri sendiri. Sebelum membuat apa-apa tindakan, seeloknya fikir tentang kesan pada masa depan. Fikirkan juga masalah org lain lebih berat daripada yang kita alami.

Pada aku setiap yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita. Ujian yang diberi akan mematangkan diri, kritikan harus diterima dengan hati yang terbuka tanpa prasangka. Kadang-kadang pelakuan kita melukakan hati orang lain secara kita tidak sedari. Tidak salah sekali sekala mengalah untuk kebaikan. Jika segala yang berlaku kita pandang daripada sudut yang positif maka pulangan yang kita dapat baik. Tidak semestinya kejadian yang buruk memberi implikasi yang buruk selamanya. Jika cara kita mengatasinya betul, maka kesan yang diterima adalah positif. Maka, fikirkan sesuatu yang positif w/pun benda yang mendatang tidak seperti yang kita sangka. Jangan menggangap masalah itu sebagai masalah, anggap masalah tu sebagai cabaran. Tukar sedikit istilah untuk dilihat lebih positif dan salah satu cara untuk mencabar diri ke arah kebaikkan.

Kita bertanya... Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan???. Dalam Al-Quran telah dinyatakan jawapannya. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al Bakarah ayat 216.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, perlu cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan perlu cukup berani untuk membetulkan kesilapan. Tidak selamanya sesuatu yang silap itu akan silap jika kita bijak membetulkannya. Kekuatan diri perlu ada untuk melalui liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran... Jangan menyalahkan takdir di atas apa yang berlaku. Kerana kita membentuk hidup kita, tidak seharusnya bergantung kepada takdir. Allah akan memberi ganjaran yang terbaik untuk mereka yang berusaha dan tidak kenal erti putus asa.

Cukup rasanya aku menzahirkan apa yang tersirat dalam fikiran. Semoga semua mendapat cukup kebahagian untuk membuat semua bahagia, cukup cubaan untuk membuat semua kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu semua menjadi manusia yang sesungguhnya dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan. ;)


8 comments:

Anonymous said...

Manusia tak pernah puas. Tak fikir salah sendiri. Sentiasa menyalahkan org lain.

Hafizi said...

Sebagai umat manusia yang menumpang di bumi Allah ni kena la syukur dgn nikmat dan tabah hadapi dugaanNya.Tp yang ramai sekarang ni time senang x nampak, bila dah ssh br la nk mencari-cari

Anonymous said...

Segala tindakan mesti kena fikirkan kesan.Kalau tindakan yang dibuat memakan diri sia-sia je. Jangan bangga dengan tindakan protes.Kadang-kadang merugikan kita je.

zahianz said...

Yup.Betul3. ;)

azrul said...

Tiada yang sempurana dalam hidup. Saya setuju bila awak cakap anggap masalah tu sebagai cabaran. Positifkan diri.

grampalim said...

dari tulisan zahian saya perasaan Zahian adalah seoorang muslim yang baik, a true Muslim.stay that way always

zahianz said...

Saya berkongsi apa yang ada dalam fikiran dan apa yang terjadi di sekeliling. Untuk peringatan diri sendiri dan semua.

grampalim said...

simpan semua tulisan asli ian untuk dijadikan sebuah buku suatu hari kelak.