Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 20, 2010

New Born Baby Girl...

Manis sungguh

Macam senyum. Dia nak menguap sebenarnye. LoL

Tido balik dah lepas kena cium ngan seme org

Tag nama kakak

Hehehe

Assalamualaikum, selamat pagi, selamat hari jumaat... he3. Semalam aku dapat sorang lagi anak sepupu... Pompuan, lahir lepas orang buka puasa. :). Tahniah untuk kakak & Abg Iwan.

Khamis, 19/8/2010- Pagi2 before g kerja aku dah siap2 bawak jeans ngan shirt. Senang, balik keje karang terus salin baju kat office lepas tu g HUSM. Sampai sana dalam pukul 5.30PM. Mujur terus ada parking. Biasanya kat HUSM ni susah sangat nak park kereta. Penuh memanjang. aku pun tak tahu kenapa la penuh sangat kat sini. Tak kira masa plak tu. Haih... Kakak dah masuk bilik bersalin masa aku sampai sana. Daripada pukul 2.00PM lagi dia dah masuk sana. Abg Iwan yang teman. Org lain tak dibenarkan masuk. Jadinya kitorang tunggu kat ruang menunggu je la... Berbuka pun kat sana, seronok jugak berbuka time darurat ni. Ha2. Macam picnic, juadah semua beli kat bazaar ramadhan, ada jugak yang mak abg iwan bawak daripada Melaka. Family Abg Iwan turun daripada Melaka nak tengok cucu sulung daripada anak sulung mereka. Kakak pun anak sulung gak. Meriah sangat.

Alhamdullilah lepas je kitorang siap makan Abg Iwan keluar cakap kakak dah bersalin. Wah, ada drama skit time ni. Semua macam terharu dan menangis dalam gembira. Aku macam biasa jadi permerhati bebas. :). Tp syukur sangat bila semua selamat. Dua2 xde masalah. Kakak ok, baby lg ok. Tapi kesian dekat sorang pesakit tu, baru bersalin jugak, tp masuk icu sbb byk tumpah darah. Semoga dia selamat.

Ok, ni rentetan perjalanan kakak sebelum melahirkan budak kecik yang tak kecik tu. Due bersalin sepatutnya 9/8/2010, tapi lewat 10 hari daripada tarikh jangkaan. Makanya ramai sarankan suruh masuk HUSM. Kebarangkalian mungkin berlaku... Sepatutnya kakak bersalin kat hospital yang sama ngan Jan, An-Nisa'. Mana2 pun ok sbb semua dah selamat. 17/8/2010 , Isnin kakak dah masuk wad, sbb dah ada tanda2 nak bersalin. Tapi... tunggu punya tunggu baby tak nak keluar lagi, sampai kakak duk dalam wad 3 hari 2 malam. Ha3. Kesian kakak bosan duk dalam tu.. Akhirnya, 19/8/2010, Khamis, 7.50PM lahirla puteri sulung Nor Hana Laudin & Roey Irwan. 3.5kg. Lepas 2jam lebih baru kitorang blh tgk baby tu. Sabar je tunggu nak tengok ahli baru ni. Chubby sangat. Geram betul. ;)

2 comments:

Hafizi said...

Ada ahli baru lg? Bestnye

zahianz said...

yup, best