Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 16, 2011

Persediaan Awal

Oke... Hr Jumaat lepas ada promosi kat KK Home Decor untuk ahli. Apa lagi, tak lepas peluang la kami. Masa g sana tu penuh sesak dgn orang yang nak beli barang macam kami. Sebenarnya kami bertiga ke sana, eh berempatla...Budak tadika sebik nak ikut jugak. he3. Fokus utama nak beli barang untuk hias par kahwin tahun depan. Tersangatla awal persediaan kali ni. Gara-gara sale punya pasal. Tapi mmg berbaloi sgt shopping hr tu. Mana taknye, brg yg sepatutnya RM13.90 satu blh dapat dua. Harga ahli RM9.90. Dah untung berapa kat situ. Sepatutnya habis dalam Rm 363.20 untuk semua barang2 hiasan par tu. Tapi jumlah yang perlu dibayar hanya RM181.60. Selamat tengah-tengah bulan ni.

Masuk je kedai tu terus macam teruja. Tengok tu nk tu, tengok ni nak ni. Tapi terpaksa kena tahan diri. Beli barang-barang yang penting ajolah. Kak Na (cousin yg creative bab hias) suruh beli bunga, lapik nk letak atas par. Mula-mula sekali terus pilih benda-benda tu. Temanya meroon+cream. Alang-alang dah masuk situ cari hadiah kahwin untuk kawan-kawan terus. Senang skit. Jimat masa&cost.he3. Sale...Sale...Sale...

Ni la hasilnya

Dah settle separuh daripada hiasan untuk par... Riben je yang belum beli lg. Penuh kereta dengan barang2. Gamba kat atas tu sy punya je... Ada lg 5 ke 6 plastik besar macam tu lg. Sampai nak duduk dalam kereta pun susah.

Destinasi seterusnya kedai kain. Cousin yang dua orang tu nak cari kain la plak... Dah settle kedai kain singgah Mc D kejap. Perut kenyang lg, tp rasa nk makan aiskrim. Cuaca panas sesuai sangatla makan aiskrim. Nak sejukkan badan. :)...Selesai perjuangan hari ni. Persediaan untuk 5 bulan akan datang. :)



No comments: