Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 11, 2011

Ramai-ramai

Cuaca diramalkan akan hujan tanpa henti bermula semalam. Sabtu 11/12/11, gelombang banjir kedua khabarnya. Sape-sape yang umah kat kawasan banjir diminta berjaga-jaga. Sian makcik aku, risau dah dia. Mana taknye, Jumaat nk nk gerak g Melaka anta anak belajar di Politeknik Merlimau.

Aiya, merapu ajo. Sebenarnye nak cerita pasal semalam. Lepas raya hari tu, semalam baru kami adik beradik kumpul balik. Makan ramai-ramai. Petang tu aku layan anak buah main badminton dulu. Kenduri durian semalam, lepas penat melayan budak-budak aku tolong kakak ipar aku siapkan menu pulut durian kitorang. Dah lama tak rasa seronok macam semalam. Best giler makan durian. Tapi aku takleh over makan, kang malam tak tido kepanasan. :D.

Malam tu kami dinner ramai-ramai jugak. Lauk simple je, sebab tu dinner tak dirancang. Ayam goreng, ikan singgang, budu+durian, ikan kerisi goreng, sambal tumis bilis, ikan terubuk goreng (Soulmate belikan masa dia outstation kat Sarawak). Riuh rendah satu rumah dengan gelagat 2 hero & 2 heroin. Senyum sorang bila teringat pasal diorang. Hari ni sunyi balik dah. 2 kanak-kanak riang dah balik Perak. Rindu K' Bellah, Aleam dgn Zara.xoxo.

Durian oh Durian

2 hero kepenatan (Afnan& Rayyan)

Pagi ni makan-makan lagi, Che Yah (mak sdare aku) dia buat makan-makan sempena cucu sulung dia nak sunat esok, buat solat hajat sekali. Menu pagi, nasi kerabu tumis, ayam goreng+ikan celup tepung, kopok. Nasi Kerabu Tumis Che Yah memang terbaik. Tengah hari ada nasi beriani, chef nya Puan Zurina. Thumbs Up Kak Na. Nanti boleh buat lagi. :D

No comments: