Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 6, 2010

Orang kata...


Assallamualaikum W.B.T, dan salam sejahtera... 2 hari lepas aku dapat panggilan telefon daripada kawan sekolah menengah. Dia cakap salah sorang daripada kawan sekolah kami meninggal malam semalam. Ajal tidak mengira usia. Sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang hidup. Hidup kita hanya pinjaman, bila sampai masa kita akan pergi mengadap pencipta kita yang maha Esa. Macam-macam orang kata... Dan ada plak pendapat yang sebaliknya yang buatkan kita fikir dan sedar tentang hakikat hidup yang sebenar.


Orang kata... Enjoy sementara muda, hidup panjang lagi dah tua nanti taubatlah.
Atuk kata... Orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esk lusa Izrail datang menjemput.
Aku rasa... Betul jugak tu

Orang kata... Exam tu susah, kena banyak sacrifice, constant study past year paper, etc3.
Atuk kata... Exam tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada silibus untuk diikut. Kalau ajal, entah bila siapapun tak tahu. Banyak pula tu peringkat ujiannya. Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide tentang apa yang kita lakukan masa kat dunia.
Aku rasa... Betul jugak tu.

Orang kata... Have fun on your birthday. Panggil kawan-kawan dan sedara mara, berpartilah sepanjang malam. Make it memorable on!
Atuk kata... Setiap harijadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat...
Aku rasa... Betul jugak tu.

Orang kata... Kerja mesti bersungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makanan lazat... Baru puas hati!
Atuk kata... Ye ke dah puas??? Dah cukup ke ibadah nak tempah kubur luas-luas? Dah siap ke kenderaan meluncur ke Siratul Mustaqim? Dah cukup ke zikir untuk santapan rohani? Dah cukup amal nak "book" tempat Al-Firdaus
Aku rasa... Betul jugak tu.

Orang kata... Successful people have a good time management, ada bisness di KL, New York, Tokyo... Masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang respect.
Atuk kata... Setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari, 7 hari seminggu, 12 bulan setahun, 356 hari setahun. Tapi ada masa ke nak sujud 5 kali sehari semalam, ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? Ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung sekali dalam seminggu atau sebulan atau setahun?
Aku rasa... Errr, betul jugak tu. ;)

Thursday, August 5, 2010

DO U KNOW???









DO U KNOW COKE+ AJINOMOTO CAN BE USED TO RAPE LADIES???

I received a news about the recent tactic used to spike girls' drink. It is a cheap and widely used method. This method was used in Canny Ong murder. Rapist uses this method. Coca-cola+ajinomo to /monosodium glutamate = a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim. This mixture is poisonous if used to o often on the victim.

DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / even if it is your friend that you are not very close with.

Wednesday, August 4, 2010

5 dont's when you are sleeping

1. DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.


2.
DON'T SLEEP WITH PHONE

Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mobile phone near you, switch it off first.

3. DON'T SLEEP WITH MAKE UP

People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.

4. DON'T SLEEP WITH BRA

Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.

And the most important :-P

5. DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE /HUSBAND!

You may never wake up again...

Monday, August 2, 2010

Ape yang mengembirakan???

Masing2 posing bila cakap nk ambik gamba dgn bear

Oni, Ebab, Rayyan, K'Bellah

Blue bear untuk buah hati aku

1, 2, 3 terjunnnnn.

Penat main terjun2, layan upin ipin plak.

Kusyuk je semua duk layan katun

Terdapat pelbagai cara, situasi atau apa-apa je yang boleh mengembirakan hati. Setiap individu merasa gembira dengan cara yang tersendiri, berbeza dengan yang lain. Aku gembira bila aku tengok orang-orang yang aku sayang bahagia. Contohnya, tengok anak-anak buah aku excited dapat hadiah, dapat choc, kena puji dan etc. Cute sangat.

Sabtu lepas abg aku yang kat Perak balik Kelantan sebab ada program kat sini anjuran UTP. So, dia balik sbb kerja dan balik bercuti. Sambil menyelam minum air katanya. Hehehe. Sabtu petang aku ke R n R Jeli, Tanah Merah semata-mata nak ambil Umairah (K' Bellah) dengan Rayyan (Otroman). Rindu giler, sekali boleh jumpa. Gembira sangat2. Abg Zamani kena stay di Jeli sampai malam sbb dia ada program di MRSM Jeli malam tu. Lepas program baru dia balik KB. Dekat pukul 1 pagi baru dia sampai rumah. Puas hati sangat2 boleh main dengan budak2 tu w/pun sekejap. Tak sia2 penat aku drive ke Jeli nak ambik diorang. Aku drive ke Jeli ditemani Along, anak sedara yang nak ambil SPM & Uda( Darjah 3 tp tahu mcm2). Suruh teman je pun, tp mengada-ngada betul diorang ni. Suh top up hp dia la. Beli tu la beli ni la. Haih, ikutkan jugak la, sbb nk suh dia teman xnak bagi mengantuk. Tp kerenah mereka la buat aku tersenyum sorang. :).

Sampai rumah dah nak maghrib, hujan lebat giler masa on da way balik KB tu. Tapi semua ok. Masa sampai tu anak2 abg aku yang kat sini dah siap sedia nak sambut sepupu cinonet diorang yang 2 orang ni. Mula-mula tu K'Bellah ngan Otroman malu2, lepas tu......... Hmmm, bising sangat2. Seronok je tengok. Rumah dah macam tongkang pecah. Diorang selerakkan kusyen lepas tu naik atas kerusi lompat atas kusyen. Lawak tengok. Tukang kiranya Afnan (Ebab). Pandai kira sampai 3 je pun, dia baru 2 tahun. Otroman plak jadi pemerhati bebas. Dah penat main diorang sibuk nk tgk cite upin ipn. Kusyuknyela budak2 bila boleh tgk katun tu. Siap gelak2 lagi. Lucu. Best tengok diorang seronok. Pukul 1 tak tido lagi budak2 ni. Abah diorang sampai tu sempat lagi duk main-main dengan budak-budak kecik tu. Weekend yang memenatkan tp menyeronokkan. Kena tunggu raya plak baru jumpa diorang.

Chicken a la Carte


Alhamdulillah... Hari ni murah rezeki, ada orang belanja makan. Budak-budak office sibuk nak makan KFC. So, makan KFC la aku hari ni... Tapi tengah sedap duk nikmati hidangan depan mata tu aku teringat satu video clip yang pernah aku tengok tahun lepas. Makanya lepas makan tu aku terus cari video clip tu. Nasib baik jumpa. Senyum sorang bila jumpa. ;). Tajuk vclip tu Chicken a la carte.

Sebenarnya, video tu merupakan satu filem pendek yang pertandingan filem pendek di Berlin kalau tak salah aku. Ia mengisahkan kemiskinan, kelaparan yang dialami oleh dunia hari ini. Arahan Ferdinand Dimadura. Mengikut fakta terdapat 10 000 kematian setiap hari disebabkan oleh kelaparan , kekurangan gizi atau salah pengambilan gizi. Filem ini menunjukkan bertapa seorang lelaki menghargai rezeki yang ada dan bagaimana dia menyara keluarga dalam kehidupan yang serba kekurangan. Sedangkan kita memandang perkara tu sebagai perkara yang kecil/remeh malah kadang-kadang membazir tu menjadi perkara biasa. Aku bukan hendak mengata sesiapa, tp peringatan untuk diri yang serba kekurangan dan kadang-kadang terleka dengan nikmat yang Allah berikan. Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat kepada semua. :).

* Mummy selalu membebel bila aku makan tak habis.. Bila dia start membebel tu, semua contoh dia bagi. Mummy, nanti yan habiskan semua makanan... ;)

Thursday, July 29, 2010

Ragam hidup

Manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada. Setiap kali mereka akan merintih, mengeluh dengan apa yang mereka ada. Tak terlintas ke di kepala yang semua perkara ada hikmahnya. Allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu untuk menghadapinya. Hakikat dunia memang susah nak ditafsirkan. Setiap individu ada pendapat masing-masing. Bila ditegur apa masalahnya, terus menerus menunjukkan protes. Protes yang memuaskan diri, tp dalam masa yang sama memakan diri sendiri. Sebelum membuat apa-apa tindakan, seeloknya fikir tentang kesan pada masa depan. Fikirkan juga masalah org lain lebih berat daripada yang kita alami.

Pada aku setiap yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita. Ujian yang diberi akan mematangkan diri, kritikan harus diterima dengan hati yang terbuka tanpa prasangka. Kadang-kadang pelakuan kita melukakan hati orang lain secara kita tidak sedari. Tidak salah sekali sekala mengalah untuk kebaikan. Jika segala yang berlaku kita pandang daripada sudut yang positif maka pulangan yang kita dapat baik. Tidak semestinya kejadian yang buruk memberi implikasi yang buruk selamanya. Jika cara kita mengatasinya betul, maka kesan yang diterima adalah positif. Maka, fikirkan sesuatu yang positif w/pun benda yang mendatang tidak seperti yang kita sangka. Jangan menggangap masalah itu sebagai masalah, anggap masalah tu sebagai cabaran. Tukar sedikit istilah untuk dilihat lebih positif dan salah satu cara untuk mencabar diri ke arah kebaikkan.

Kita bertanya... Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan???. Dalam Al-Quran telah dinyatakan jawapannya. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al Bakarah ayat 216.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, perlu cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan perlu cukup berani untuk membetulkan kesilapan. Tidak selamanya sesuatu yang silap itu akan silap jika kita bijak membetulkannya. Kekuatan diri perlu ada untuk melalui liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran... Jangan menyalahkan takdir di atas apa yang berlaku. Kerana kita membentuk hidup kita, tidak seharusnya bergantung kepada takdir. Allah akan memberi ganjaran yang terbaik untuk mereka yang berusaha dan tidak kenal erti putus asa.

Cukup rasanya aku menzahirkan apa yang tersirat dalam fikiran. Semoga semua mendapat cukup kebahagian untuk membuat semua bahagia, cukup cubaan untuk membuat semua kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu semua menjadi manusia yang sesungguhnya dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan. ;)


Wednesday, July 28, 2010

Sudirman : Pelangi Petang

Lagu yang tak lapuk dek zaman. Ada makna tersendiri. Sedap plak telinga melayan... :)

l