Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 13, 2012

Hepi Bestday 2 me...

Tanggal 5 Januari merupakan hari lahir aku, anak bongsu daripada 6 orang adik beradik. Dulu masa kecik-kecik kakak & abang2 selalu wish & bagi hadiah... Sekarang dah lain, ada penambahan ahli yang wish selain keluarga dan kawan-kawan.  "Soulmate"... Tahun 2012 adalah tahun pertama dan terakhir kami sambut sebagai pasangan tunang.  ^_^.

Biasanya bila sebut je hari lahir, perkara pertama terlintas di kepala adalah hadiah.  Sempena meraikan  penambahan umur ke? Mungkin la kot.  Bagi aku cukup dengan ingatan seseorang terhadap kita di mana ia membuktikan bahawa mereka menyedari kewujudan kita di kalangan mereka.  Alhamdulillah, kawan-kawan masih ingat dan memberi ucapan di hari lahir aku.  Ucapan mereka umpama doa supaya aku sihat, murah rezeki dan diberkati. Terima kasih atas ingatan.


Terima kasih "soulmate".  Hadiah yang penuh makna.

No comments: