6/1/2012, Jumaat~ Fly KB-KL pukul 3PM, sampai sana dekat pukul 4. "Soulmate" datang ambil, kitorang terus ke Nilai 3 memandangkan jarak antara LCCT ke Nilai dalam 20min je. Jimat masa kalau pergi sana terus. Sampai sana terus rambang mata nak pilih bunga telur. Banyak sangat, pening lah. Misi kami hari tu nk cari 800 kuntum bunga telur dengan 800 paper bag. Nak bagi kat tetamu nanti la. Dah tu, setiap benda tu ada 2 kategori plak. Untuk rombongan dengan tetamu berbeza skit. Jenuh jugak la jalan-jalan cari barang-barang tu. Melecet-lecet kaki dibuatnya. Lewat petang baru settle beli barang tu.
Bila dah selesai bab "doorgift"/siso (slang orea Kelate) mata ni asyik melekat kat kedai kain yang ada kat situ plak. Haru rasa, tengok kain tu cantik, kain ni cantik... Sudahnya "terbeli" 4 pasang kain. :D.. Untuk mak skali ye. niatnya nak balik dah, tapi mata melekat kat kedai cadar plak dah... Beli cadar plak... Alasan? Memang nak beli cadar pun. :P. Taktik taknak bagi "soulmate" bebel. Menjadi la alasan tu. :).
Kami pening tak tahu nk pilih
Bunga Telur untuk rombongan pengantin lelaki, untuk jemputan lain, lain cite plak
Cantik bekas hantaran depa buat
Pukul 9 malam baru kami gerak balik rumah cousin aku. Aku tido umah dia malam tu, sebelum balik tu kami singgah makan kat Dengkil. Sangat lapar sebab kepenatan mengejar masa. Mencabar tahap sabar sebenarnya restoran yang kami singgah tu, air pun lambat sampai. Sabar ajola. Sabar punya sabar, sampai jugak makanan kami, maka makanla kami penuh kesyukuran. he3. Alhamdulillah kenyang.
Penantian yang berbaloi, sedap!
Sampai je rumah cousin aku tu anak-anak dia tak tido lagi, tunggu suyan katanya. Si abang sanggup tunggu aku siap mandi sebab nak ajak main badminton. Melayan budak-budak ni tak penah rasa penat. Seronok je. Comel je. Thank K'Fetty & Abg Kamal.
2 budak kecik comel yang setia menunggu sampai lewat malam.
No comments:
Post a Comment