Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 30, 2011

Cuaca...




Akhir-akhir ni cuaca panas terik. Kalau keluar jalan-jalan kat luar tu rase macam pedih je kulit. Panas sangat. Penipisan ozon yang semakin kritikal menyebabkan pemanasan global yang memberi kesan kepada penduduk di bumi... Kita la tu. Menurut sumber suhu bumi meningkat sejak tahun 90-an.

Antara faktor pemanasan global yang dikesan adalah aktiviti perindustrian, pengangkutan, pembakaran hutan, pertanian dan penternakan, letusan gunung berapi dan etc2. Kita sebagai penduduk bumi seharusnya peka tentang isu ini. Hal ini kerana jika kita sendiri tidak mempunyai sivik dalam diri, maka bumi kita semakin tenat... Contoh yang mudah ialah mengelakkan pembakaran terbuka. Selain itu, langkah yang aku kira bijak ialah "Earth Hour". Walaupun hanya sejam masa diperuntukan tapi kesan yang diterima amat la besar.


Tapi Alhamdulillah hari ni hujan. Hujan rahmat kala cuaca panas terik. Walaupun hujan yang turun tak sampai 5 minit, tp aku rasa bersyukur sangat. Rasa kelembutan cuaca... Angin sepoi-sepoi bahasa... Nikmati kesejukan cuaca yang dah lama tak dirasa. :)

Sunday, May 29, 2011

Perasaan...

Keriangan... Keseronokan... Kebahagian... Keceriaan... Kegembiraan...

Pool time

Sejukkkkkkkk.....

Muka happy dapat glasess


Next top models

Transformasi otroman ---> superman..Sayap cabut

Hobi Zara angkat kaki

Sekecil mana pun hadiah boleh buat orang happy, tak kira la org dewasa ke kanak2 ke... "Sentimental value" lagi penting daripada nilai ringgit sesuatu benda... Contohnya budak2 kecik ni, aku belikan diorang glasses kat kedai cikai je pun, harga pun tak sampai RM2. Tapi diorang punya penerimaa buat aku senyum sorang2. Bahagia... Dah dapat glasses tu terus posing suruh ambik gambar. Cute!. Dah tu tak kira la siang ke malam ke duk pegang je glasses tu. Tido pun pegang jugak glasses tu. Lucu. Masa dengan diorang macam tak pernah cukup. Keletah yang macam2,comel je... Hr minggu yg terisi dgn perasaan bahagia. :)

Wednesday, October 20, 2010

Sunday, October 17, 2010

Saturday update...

Minggu ni aku xdelah duk saje2 menonong kat rumah main tenet, merambu dan paling2 takde aktiviti aku tido. Boring giler. Semalam pagi2 dah bangun. Siap-siap nak g workshop kat UMT dgn Dr Nik. Kami gerak dalam pukul 7 pagi. Sejuk je cuaca. Nak bejalan jauh pun selesa. Program mula pukul 10AM-5.30PM. Banyak input yang aku boleh gunakan untuk apply dalam diri.

Selesai program kami minum petang dan gerak balik ke Kota Bharu. Malam baru sampai. Syukur semua berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan. Sesuatu yang lucu berlaku. Tapi biarlah rahsia bak tajuk lagu Siti. He3.Aku ngan Dr Nik je tahu. Tergelak sorang bila teringat. Ape pun thanks a lot K'Ma. I do gain lots of knowledge. Luv u. ;)

Peserta bergambar dengan penceramah

Dr. Nik mendengar pendapat peserta untuk videoklip yang dipaparkan


Wednesday, October 13, 2010

N again... New born baby gurl....

Pagi ni terasa duk kat China je. Masa duk tgh2 drive tu aku nampak sekumpulan orang pakai baju kung fu shoalin... ;).

12/10/2010- Balik pada tajuk asal post ni... n again... new born baby gurl, sebenarmye semalam cousin aku bersalin. Ni anak kedua dia. Yang sulung lelaki, dah elok sangat la tu dapat sepasang. Cute je. Semua dah selamat. Both mum n daughter in good condition.

K'fetty bersalin awal drp due dia. Tgh hari semalam konon-kononnya nak g check baby sihat ke tak, sekali doc cakap dah 5cm. Dan2 tu jugak kena tahan. Dalam pukul 3.36PM K'Fetty dah selamat bersalin. Berat baby tu 3.1KG. Senang plak K't bersalin kali ni. Alhamdulillah semua dah beres. Congrate to Abg Kamal n K'Fetty. Nama yg unik, Widad Zehra.


Comel je

Widad Zehra. Such a beautiful name.
;)

Si abang yang mulut macam bertih jagung tp sepatah pun aku tak faham

Monday, October 11, 2010

Dugaan...

10/10/10- Che Jah (my anty) & Ayah Din fly berangkat ke tanah suci... Tapi macam2 benda yang tak diingini jadi. Antaranya cousin aku accident kat Grik. Nasib baik jugak semua ok. Dia xde pape. Kete dia je yang teruk... Tapi semua dah settle.

Pagi semalam aku masuk office lambat skit sbb nak hantar Che Jah kat airport. Macam sayu je suasana. Harap2 mereka selamat pergi selamat pulang. Amin.




Che Jah, Kakak & Rifka, Bonda

Wednesday, September 8, 2010

Lusa dah nak raye...


Masa aku tengok berita kat tv tiba-tiba berita stop jap untuk beri laluan kepada pengistiharan mohor besar raja. Lusa baru raye, hari Jumaat 10/9/2010. Tapi semangat raya dalam diri aku tak ada lagi... Tak tahu bila rasa seronok macam dulu-dulu tu aku boleh rasa lg... Keadaan semua dah lain. Banyak yang dah hilang. Mana-mana yang ada tetap nikmati raya dengan suasana yang berbeza.

Dalam pada duk merapu-rapu tekan keyboard laptop ni aku teringat pasal anak buah aku, Afnan (Ebab@Nam)... Minggu lepas berbuka kat rumah dia, seronok buka puasa ramai-ramai, meriah. Takde la sunyi berbuka berdua ngan mak aku je. Lepas makan, solat, & kemas meja aku rehat jap depan tv. Tiba-tiba si kecik Afnan mintak air dengan kakak dia yang umur 6 tahun. Takde la benda pelik sangat masa tu, biasa je. Lepas dia habiskan air, dia jalan ke meja makan, tarik kerusi supaya dekat dengan sink, dia basuh cawan yang dia guna td. Lepas tu dia simpan elok-elok cawan tu dekat tempat sejat cawan. Kerusi yang dia guna tadi dia letak dekat temoat yang dia ambik td. Aku tunggu lg apa yang dia nak buat sbb bagi aku kelakuan dia tu sangat cute. Umur baru 2 tahun tp dah tahu dia kena buat apa. Takde sape2 pun yang arah dia buat tu. Bila semua dah settle dia jalan terkedek-kedek duduk tepi aku tengok tv. Comel je.

Balik pada tajuk asal post ni... Lusa raya, Abg Mad & Abg Zamani raya kat umah aku pagi raya. Seronok, tapi macam tak cukup korum plak, gang2 KL petang raya baru sampai. Petang tu Dua2 abg aku dah gerak balik kg isteri plak. Tak jumpa la ptg raya tu. Mmm... Menu pagi raya... "Sate Bara" resepi ciptaan bonda tercinta. Memang terangkatla. Terbaik! Panjang plak merapu-rapu.

Di bulan yang penuh keberkatan dan mulia ni ingin aku menyusun 10 jari memohon kemaafan daripada semua yang mengenali aku. Salam Aidilfitri daripada aku. Semoga semua seronok beraya.