Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 27, 2011

Kenduri oh Kenduri

Salam Maal Hijrah kepada umat Islam. Semoga tahun baru 1433H memberi kita keberkatan untuk menunaikan azam baru...Menunaikan? betul ke ayat aku tu, macam pelik jerk. Takpe la, asal orang faham sudah. :D. Cakap pasal azam ni, apa azam tahun baru ni... Erm, pertama sekali berhijrah ke syarikat baru, Insyallah awal thn depan. Bulan Januari, sama date ngan birthday aku, keduanya Insyallah bulan Mac dah tukar status. Daripada tunang En.Rijal kepada isteri En. Rijal, menantu sulung mama ngan papa, kakak ipar untuk 3 orang adik... Tanggungjawab yang sangat besar untuk digalas. Kahwin ni bermakna kita transform semua yang ada dalam hidup sekarang ni. Makanya... aku kena berusaha untuk menjadi yang lebih. Bertukar daripada anak bongsu kepada menantu sulung.

Hari ni ada satu lagi jemputan kawin member aku. Tahniah buat Ruwaidiah dan Pasangan. Ruwai ni member sekolah rendah lagi. Still lagi contact melalui FB. Lucu bila teringat zaman kecik-kecik dulu. Masa kecik aku nakal giler kot. Kat sekolah tu suka sangat buli budak-budak kelas. Ruwai ni salah sorang mangsa aku masa darjah 1 dulu. Nakal budak-budak. Bosan bila takde aktiviti menarik. Bila kacau kawan-kawan tu rase macam best. Tarik rambut kawanla, sorok pemadam la, sorok kasut la, macam-macam aku buat sampai budak-budak bengang giler ngan aku. Agaknya dulu2 memang kena sumpah seranah kot aku ni. Parents budak2 kena buli tu siap hantar surat aduan ka tcikgu cakap aku buli anak diorang. Ha3. Susah bila hyper active masa kecik-kecik ni, takleh duk diam. Citer dulu2, masa kanak-kanak riang. Semua yang kena buli skang ni dah jadi kawan-kawan rapat.

"People Change" kan? From bad 2 good, vice versa. Masuk secondary school aku dah transform daripada suka kacau orang kepada tak ambik port pasal orang. Bercakap, bertindak untuk benda-benda penting je. Sampai sekarang pun macam tu. Bertindak bila perlu. Seronok bila dapat banyak invitation wedding daripada kawan-kawan. Hampir semua jemputan aku penuhi. Kecuali ada aral melintang. Semoga semuanya berbahagia dunia dan akhirat. Amin.

Tahniah Ruwai

Lepas attend wedding Ruwai aku ngan "soulmate" ke KB survey barang-barang untuk door gift masa wedding kitorang nanti. Tengok harga Yassin, paper bag, harga benda2 nak bagi tetamu dan banyak lagi la. Peninglah masuk kedai barang-barang pengantin, macam-macam ada. Settle yang tu kami singgah solat Asar kat masjid Sultan Ismail, PCB. Lepas tu g PCB makan seafood goreng dengan air kelapa. Terbaik kalau petang-petang makan benda macam tu kat tepi pantai. :)

Dah nak habis baru ingat nak snap. :D

Hakisan kat PCB dah makin teruk

No comments: