Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 27, 2011

"Nasi Tupea"

Nasi Tupea (Org Kelantan punya slang)@Nasi Tumpang ni sejenis makanan di Kelantan. Agaknya nama dia macam tu sebab lauk-lauk yang diletak tu disebalik nasi impit. Kiranya macam menumpang la kot. :D Tapi aku tak pasti asal usul makanan ni daripada mana. Yang pasti Nasi Tupea kat area rumah aku ni sangat sedap. Tak ramai orang tahu pasal nasi ni. Macam "soulmate" aku la, dia tahu nama je, rupa ngan rasa tak tahu macam mana. Kebetulan semalam dia breakfast kat rumah aku. Siap demand nak "nasi tupea". Mak aku suruh beli dua untuk dia. Takut tak cukup katanya. Sayang bakal menantu lelaki bongsu dia lebih daripada anak bongsu dia nampaknye. Haish, jeles2. :p. Obvious giler "soulmate" aku makan nasi tupea ni 1st time. Siap tergolek-golek part atas tu. Rugi part yang ada telur dadar. Nasib baik belikan dua untuk dia. :D

"Nasi tupea"@Nasi tumpang ni ada dua 3 part. Paling atas tu telur dadar, lepas tu ada gulai udang, paling bawah sambal ikan/sambal udang. Sangat sedap. Biasa kalau breakfast nasi tupea jadi pilihan. Ada jer pilihan lain macam laksam/laksa, nasi kerabu, nasi berlauk dan macam-macam lagi kat pasar tu. Susah skit nak dapat benda ni. Kadang-kadang ada je kat Pasar Siti Khatijah, KB, rasa dia tu xleh nak jamin la sedap ke tak. Pernah dulu makan kat KB, tak sedap sbb dia letak gulai ikan. Macam hanyir skit. Tak best, tak best. Sapa-sapa teringin nak makan meh la jalan-jalan kat PC. Dijamin sedap. Eh, macam iklan nasi tupea makcik kat pasar je ni.he3. Takpe la, aku cuma kongsi apa yang boleh dikongsi.

Ni la rupa "Nasi Tupea"

Isi dalam tu macam ni

1 comment:

sundas.dj said...

Pak job Ads and advertisements for Karachi,Lahore,Quetta,Peshawar,Multan,Hyderabad,Rawalpindi,Islamabad and http://allpkjobz.blogspot.com all cities of Pakistan.