Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 13, 2010

N again... New born baby gurl....

Pagi ni terasa duk kat China je. Masa duk tgh2 drive tu aku nampak sekumpulan orang pakai baju kung fu shoalin... ;).

12/10/2010- Balik pada tajuk asal post ni... n again... new born baby gurl, sebenarmye semalam cousin aku bersalin. Ni anak kedua dia. Yang sulung lelaki, dah elok sangat la tu dapat sepasang. Cute je. Semua dah selamat. Both mum n daughter in good condition.

K'fetty bersalin awal drp due dia. Tgh hari semalam konon-kononnya nak g check baby sihat ke tak, sekali doc cakap dah 5cm. Dan2 tu jugak kena tahan. Dalam pukul 3.36PM K'Fetty dah selamat bersalin. Berat baby tu 3.1KG. Senang plak K't bersalin kali ni. Alhamdulillah semua dah beres. Congrate to Abg Kamal n K'Fetty. Nama yg unik, Widad Zehra.


Comel je

Widad Zehra. Such a beautiful name.
;)

Si abang yang mulut macam bertih jagung tp sepatah pun aku tak faham

Monday, October 11, 2010

Dugaan...

10/10/10- Che Jah (my anty) & Ayah Din fly berangkat ke tanah suci... Tapi macam2 benda yang tak diingini jadi. Antaranya cousin aku accident kat Grik. Nasib baik jugak semua ok. Dia xde pape. Kete dia je yang teruk... Tapi semua dah settle.

Pagi semalam aku masuk office lambat skit sbb nak hantar Che Jah kat airport. Macam sayu je suasana. Harap2 mereka selamat pergi selamat pulang. Amin.




Che Jah, Kakak & Rifka, Bonda

Wednesday, September 8, 2010

Lusa dah nak raye...


Masa aku tengok berita kat tv tiba-tiba berita stop jap untuk beri laluan kepada pengistiharan mohor besar raja. Lusa baru raye, hari Jumaat 10/9/2010. Tapi semangat raya dalam diri aku tak ada lagi... Tak tahu bila rasa seronok macam dulu-dulu tu aku boleh rasa lg... Keadaan semua dah lain. Banyak yang dah hilang. Mana-mana yang ada tetap nikmati raya dengan suasana yang berbeza.

Dalam pada duk merapu-rapu tekan keyboard laptop ni aku teringat pasal anak buah aku, Afnan (Ebab@Nam)... Minggu lepas berbuka kat rumah dia, seronok buka puasa ramai-ramai, meriah. Takde la sunyi berbuka berdua ngan mak aku je. Lepas makan, solat, & kemas meja aku rehat jap depan tv. Tiba-tiba si kecik Afnan mintak air dengan kakak dia yang umur 6 tahun. Takde la benda pelik sangat masa tu, biasa je. Lepas dia habiskan air, dia jalan ke meja makan, tarik kerusi supaya dekat dengan sink, dia basuh cawan yang dia guna td. Lepas tu dia simpan elok-elok cawan tu dekat tempat sejat cawan. Kerusi yang dia guna tadi dia letak dekat temoat yang dia ambik td. Aku tunggu lg apa yang dia nak buat sbb bagi aku kelakuan dia tu sangat cute. Umur baru 2 tahun tp dah tahu dia kena buat apa. Takde sape2 pun yang arah dia buat tu. Bila semua dah settle dia jalan terkedek-kedek duduk tepi aku tengok tv. Comel je.

Balik pada tajuk asal post ni... Lusa raya, Abg Mad & Abg Zamani raya kat umah aku pagi raya. Seronok, tapi macam tak cukup korum plak, gang2 KL petang raya baru sampai. Petang tu Dua2 abg aku dah gerak balik kg isteri plak. Tak jumpa la ptg raya tu. Mmm... Menu pagi raya... "Sate Bara" resepi ciptaan bonda tercinta. Memang terangkatla. Terbaik! Panjang plak merapu-rapu.

Di bulan yang penuh keberkatan dan mulia ni ingin aku menyusun 10 jari memohon kemaafan daripada semua yang mengenali aku. Salam Aidilfitri daripada aku. Semoga semua seronok beraya.

Monday, August 23, 2010

Hepi bestday Dear Sis

Esk, 24/8/10 bestday K'La yg ke... Hehehe. Never ask woman age. Let it b. Makanya, lepas buka puasa, mandi, solat aku siap2 nak g tempat K'La kerja. Selain daripada nak surprise future bday dia aku nak amik money order yang aku mintak dia tolong buat tadi. Money order untuk proses application aku. Memandangkan aku susah nak keluar, aku mintak tolong K'La. Thanks a lot K'La sbb selalu ada bila perlu. Appreciate it. Sambil2 tu jugak ambil duit untuk tukar duit raya.

Mula-mula aku plan nak jumpa K'La esk sbb bday dia esk. Tp bila survey2, aku jumpa dia hari ni gak. Sebab esk dia kerja belah pagi. Takkan aku nak g sengih2 jumpa dia bawak kek siang2, bulan puasa ni. Cari penyakit namanya tu. Kang tak pasal2 kena angkut naik trak hitam. Huh, x sanggup lah. Bila dah jumpa tu lama la plak melepak. Sembang2 dengan dia. Aku tunggu sampai dia habis kerja baru balik. Kami balik sama-sama tp sampai kat parking je la. Dia balik naik kereta dia, aku naik kereta aku. Kebetulan tu terus bagi angpau bank aku kat dia dengan Salmi.

Selamat Hari Lahir K'La!!! Doa yan untuk K'La agar diteguhkan iman, istiqamah dalam perjuangan, bersabar dalam kesukaran dan semoga K'La dalam ketenangan yang berpanjangan. Amin.

-Destiny made us friend, Family made us sister-

Friday, August 20, 2010

New Born Baby Girl...

Manis sungguh

Macam senyum. Dia nak menguap sebenarnye. LoL

Tido balik dah lepas kena cium ngan seme org

Tag nama kakak

Hehehe

Assalamualaikum, selamat pagi, selamat hari jumaat... he3. Semalam aku dapat sorang lagi anak sepupu... Pompuan, lahir lepas orang buka puasa. :). Tahniah untuk kakak & Abg Iwan.

Khamis, 19/8/2010- Pagi2 before g kerja aku dah siap2 bawak jeans ngan shirt. Senang, balik keje karang terus salin baju kat office lepas tu g HUSM. Sampai sana dalam pukul 5.30PM. Mujur terus ada parking. Biasanya kat HUSM ni susah sangat nak park kereta. Penuh memanjang. aku pun tak tahu kenapa la penuh sangat kat sini. Tak kira masa plak tu. Haih... Kakak dah masuk bilik bersalin masa aku sampai sana. Daripada pukul 2.00PM lagi dia dah masuk sana. Abg Iwan yang teman. Org lain tak dibenarkan masuk. Jadinya kitorang tunggu kat ruang menunggu je la... Berbuka pun kat sana, seronok jugak berbuka time darurat ni. Ha2. Macam picnic, juadah semua beli kat bazaar ramadhan, ada jugak yang mak abg iwan bawak daripada Melaka. Family Abg Iwan turun daripada Melaka nak tengok cucu sulung daripada anak sulung mereka. Kakak pun anak sulung gak. Meriah sangat.

Alhamdullilah lepas je kitorang siap makan Abg Iwan keluar cakap kakak dah bersalin. Wah, ada drama skit time ni. Semua macam terharu dan menangis dalam gembira. Aku macam biasa jadi permerhati bebas. :). Tp syukur sangat bila semua selamat. Dua2 xde masalah. Kakak ok, baby lg ok. Tapi kesian dekat sorang pesakit tu, baru bersalin jugak, tp masuk icu sbb byk tumpah darah. Semoga dia selamat.

Ok, ni rentetan perjalanan kakak sebelum melahirkan budak kecik yang tak kecik tu. Due bersalin sepatutnya 9/8/2010, tapi lewat 10 hari daripada tarikh jangkaan. Makanya ramai sarankan suruh masuk HUSM. Kebarangkalian mungkin berlaku... Sepatutnya kakak bersalin kat hospital yang sama ngan Jan, An-Nisa'. Mana2 pun ok sbb semua dah selamat. 17/8/2010 , Isnin kakak dah masuk wad, sbb dah ada tanda2 nak bersalin. Tapi... tunggu punya tunggu baby tak nak keluar lagi, sampai kakak duk dalam wad 3 hari 2 malam. Ha3. Kesian kakak bosan duk dalam tu.. Akhirnya, 19/8/2010, Khamis, 7.50PM lahirla puteri sulung Nor Hana Laudin & Roey Irwan. 3.5kg. Lepas 2jam lebih baru kitorang blh tgk baby tu. Sabar je tunggu nak tengok ahli baru ni. Chubby sangat. Geram betul. ;)

Thursday, August 19, 2010

Sweet heart

I believe that children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be


Name : Nur Zulfah Umairah Mohd Zamani
Nick name : K'Bellah
D.O.B : 25/4/2010
Birth place : Ipoh Specialist

Senyum manis

Tgk K'Bellah

hehehe

Ayu mode

Jom main

K'Bellah & Otroman

Nama : Muhammad Amir Afnan Mohd Zain
Nick Name : Ebab
D.O.B : 3/3/2008
Tempat lahir : An Nisa'

Fav ni. X share ngan org dah

Hr2 duk pegang raket dia

Uda jadi kuda

Hero

Let's shopping


Name : Muhamad Zakuan Ar Rayyan Mohd Zamani
Nick name: Otroman
D.O.B : 6/9/2009
Birth place : Ipoh Specialist


Masa makan. Yeay!

Nepek jah

Otroman mengganas

Muka tak bersalah

Otroman duk charge bateri

Wednesday, August 18, 2010

New born baby boy

Kunci bilik. Wad Cinta dah full book

Bosan nunggu. Amik la gambar2 yang berkaitan

Pintu ke bilik bersalin

Tempat budak2 duk main

Hehehe. Tp aku masuk jugak, lepas baby dah keluarla

Perkembangan baby daripada 1 bulan -12 bulan

Ebab ngan Effa dalam bilik

Ebab bosan dah

Tag nama kat tangan Jan. Kat tangan baby satu.

Apakah? Mcm2 alat ada kat trolly ni

Ni masa baby dah keluar

1st photo

Close up

Ensem dah. Dah mandi, pakai baju dah

Muhamad Rayyan

Morning, morning! Mengantuk tapi kerja tetap kerja. Rasa macam nak masuk surau lepas tu tido jer, kena plak cuaca mendung. He3. Semalam aku stay up sampai pukul 3.30 AM.

Al kisah... Balik kerja pukul 5.00PM, terus pergi An-Nisa', hospital bersalin. Cousin aku nak bersalin. Ambik mak aku balik rumah. Hr ni family abang aku berbuka kat umah. Seronok makan ramai-ramai. Kebetulan hari ni birthday anak sulung abang aku.. Hepi Bestday ALong!!! Lepas berbuka, aku ngan mak aku g hospital balik. Ebab pun sibuk nak ikut. Bawak dia buat hilang bosan. Kalau ada dia memang takkan ada istilah bosan. Mulut dia tu buat orang terhibur.

17/8/2010, Selasa - Jan masuk wad pukul 12.00 PM. Pukul 11.00 PM masuk bilik bersalin. Pukul 12.30 aku balik hantar Ebab, sian dia macam dah letih sangat. Lepas 2 jam baru selamat bersalin, pukul 1.00 AM. Baby boy 3.4KG. Nama hero baru kita ni Muhamad Rayyan. Besar macam Ebab dulu. Syukur semua berjalan lancar. Takde masalah. Pukul 2.30 AM baru aku ngan mak aku gerak balik. Tinggal K'Ana je lg yang belum bersalin. Semoga semuanya ok jugak.

-TAHNIAH JAN & JAA-


Aktiviti budak2 masa tunggu Jan bersalin