Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 13, 2012

Kad kawin ^_^

Post ni bab kad kawin plak... Kad dah siap ujung bulan 12 hari tu lagi.  Bak kata orang putih tu "Early preparation". :D.  Sangat teruja bila tahu kad dah siap. Tapi masa g KL hari tu baru aku tengok kad. Mana taknya, duk Kelantan tempah kad kat KL. He3. Semua tu lepas perbincangan, survey harga kad dengan  "soulmate".  Disebabkan awal tempah kad tu kami dapat free 1 banting&extra 50 keping kad kawin tu. Rezeki jangan ditolak bak kata orang-orang tua.  Syukur kepada yang memberi.

Konon-konon masa nak g shopping barang kawin tu nak bawak balik separuh kad, budjet gagah perkasa, tak ambik luggage. Skali lps isi semua kad dlm beg tu, tak terangkat lansung beg tu, org yg mengangkat tu yg terangkat. Disebabkan perasan gagah tu jugakla melayang RM45, masa timbang beg tu ngam-ngam 15KG, macam perli aku jerk timbangan tu. Grrr... Tapi semua dah selamat sampai termasukla tuan punya beg tu.he3.  Bila ada masa aku kumpul address kawan-kawan.  Terus tulis&lekat setem. Tak suka nak buat keje last minute. Tu la hasilnya.  Sebenarnya banyak lagi yang tak siap.  Buat sikit-sikit, lama-lama siap (Falsafah sendiri). he3.

 Gigih menulis&menampal setem

Dulu nak anta surat 30 posen je setem sekarang dah 60 posen. Duit ajo zaman sekarang. @_@

Barang kawin lagi... ^_^

7/1/2012, Sabtu~ Perjuangan belum selesai. Dramatis amat ayat. :D.  Hari ke 2 dan terakhir di KL ni kami menjelajah Mall nak cari barang-barang nak letak atas par. Pagi-pagi lagi "soulmate" datang ambik aku umah cousin nak keluar.  Kami mengejar masa. Sempat makan pagi rumah cousin aku tu. Nasi berlauk, masakan orang Kelantan katanya, sedap. :)

Sebelum mula meronda tu kami berenti kadai tayar, sebab tayar kereta "soulmate" bocor. 15minit settle.  Sepanjang hari jalan-jalan cari barang tu kami sempat beli handbag, sandle, kasut, kemeja, jeans je.  Selebihnya "soulmate" kena beli sendiri. Sekurang-kurangnya 80% barang atas par dah siap dibeli. Lega.  Kopak jugakla bulan ni.  Dah adat nak kawin ni kena berhabis.

Dah selesai beli barang tu konon-kononnya nak g makan meatball kat IKEA, skali jam teruk dekat tempat nak masuk parking.  Cancel, tak kuasa nak menunggu lama-lama.  Makan ayam pusing 5 bintang pun sedap jugak. Alhamdulillah kenyang..Rezeki Allah.

Best!

Lepas makan kami terus ke airport, sebelum tu berhenti solat dulu.  Lega bila dah selesai semuanya.  Perjalanan pun lancar.  Terima kasih "soulmate", susah spend masa teman beli barang-barang kawin. :).  Pukul 8.45PM aku fly blk KB... Misi seterusnya... Shooting Pre Wedd & fitting baju kawin.

Barang kawin oh barang kawin

6/1/2012, Jumaat~ Fly KB-KL pukul 3PM, sampai sana dekat pukul 4.  "Soulmate" datang ambil, kitorang terus ke Nilai 3 memandangkan jarak antara LCCT ke Nilai dalam 20min je.  Jimat masa kalau pergi sana terus.  Sampai sana terus rambang mata nak pilih bunga telur. Banyak sangat, pening lah. Misi kami hari tu nk cari 800 kuntum bunga telur dengan 800 paper bag.  Nak bagi kat tetamu nanti la.  Dah tu, setiap benda tu ada 2 kategori plak.  Untuk rombongan dengan tetamu berbeza skit. Jenuh jugak la jalan-jalan cari barang-barang tu.  Melecet-lecet kaki dibuatnya.  Lewat petang baru settle beli barang tu.

Bila dah selesai bab "doorgift"/siso (slang orea Kelate) mata ni asyik melekat kat kedai kain yang ada kat situ plak. Haru rasa, tengok kain tu cantik, kain ni cantik...  Sudahnya "terbeli" 4 pasang kain. :D.. Untuk mak skali ye.  niatnya nak balik dah, tapi mata melekat kat kedai cadar plak dah... Beli cadar plak... Alasan? Memang nak beli cadar pun. :P.  Taktik taknak bagi "soulmate" bebel. Menjadi la alasan tu. :).

Kami pening tak tahu nk pilih

 Bunga Telur untuk rombongan pengantin lelaki, untuk jemputan lain, lain cite plak

Cantik bekas hantaran depa buat


Pukul 9 malam baru kami gerak balik rumah cousin aku.  Aku tido umah dia malam tu, sebelum balik tu kami singgah makan kat Dengkil.  Sangat lapar sebab kepenatan mengejar masa. Mencabar tahap sabar sebenarnya restoran yang kami singgah tu, air pun lambat sampai.  Sabar ajola.  Sabar punya sabar, sampai jugak makanan kami, maka makanla kami penuh kesyukuran. he3. Alhamdulillah kenyang.

                                    
 Penantian yang berbaloi, sedap!


Sampai je rumah cousin aku tu anak-anak dia tak tido lagi, tunggu suyan katanya.  Si abang sanggup tunggu aku siap mandi sebab nak ajak main badminton.  Melayan budak-budak ni tak penah rasa penat.  Seronok je.  Comel je. Thank K'Fetty & Abg Kamal.

2 budak kecik comel yang setia menunggu sampai lewat malam.

Hepi Bestday 2 me...

Tanggal 5 Januari merupakan hari lahir aku, anak bongsu daripada 6 orang adik beradik. Dulu masa kecik-kecik kakak & abang2 selalu wish & bagi hadiah... Sekarang dah lain, ada penambahan ahli yang wish selain keluarga dan kawan-kawan.  "Soulmate"... Tahun 2012 adalah tahun pertama dan terakhir kami sambut sebagai pasangan tunang.  ^_^.

Biasanya bila sebut je hari lahir, perkara pertama terlintas di kepala adalah hadiah.  Sempena meraikan  penambahan umur ke? Mungkin la kot.  Bagi aku cukup dengan ingatan seseorang terhadap kita di mana ia membuktikan bahawa mereka menyedari kewujudan kita di kalangan mereka.  Alhamdulillah, kawan-kawan masih ingat dan memberi ucapan di hari lahir aku.  Ucapan mereka umpama doa supaya aku sihat, murah rezeki dan diberkati. Terima kasih atas ingatan.


Terima kasih "soulmate".  Hadiah yang penuh makna.

Terukir Di Bintang

Lama tak update blog ni. Dah berdebu gamaknye... Banyak sebenarnya benda nak di update, tapi mood plak takde nak menulis. Haish..Layan lagu ajo la, lagu ni best sangat di telinga aku. Kena plak masa ni hati tengah berbunga-bunga riang.He3.  Tajuk lagu ni Terukir di bintang nyanyian Yuna. :)